The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Promosi Kraf Malaysia 2014 Di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu

Promosi Kraf Malaysia 2014 Di Sabah

 Acara tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan dilaksanakan oleh Kraftangan Malaysia cawangan Sabah bakal menghimpunkan 100 usahawan kraf dari seluruh negara dan akan berkampung selama 11 hari yang bermula pada 25 April 2014 hingga 5 Mei 2014 di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu dalam program terbesar Promosi Kraf Malaysia 2014.

Promosi kali ini akan menghimpunkan pelbagai produk kraf untuk peminat-peminat produk kraf tempatan. Inilah peluang untuk kita mengenai hasil kraf yang dihasilkan oleh anak tempatan. Ianya berkualiti tinggi dan kita sebagai warganegara haruslah menyokong dan membantu dalam mempromosi kraf ini kepada orang luar.

Selain dari itu program pendidikan seni kraf mega akan turut diadakan pada 30 April 2014 yang melibatkan para pengunjung, badan NGO, pelajar-pelajar sekolah menengah, pihak IPT, IPTS dan Institut Pendidikan Guru di Sabah.

Sebagai acara selingan hiburan pentas turut diadakan dengan menampilkan persembahan kesenian muzik bambu, gambus, Tarian kebudayaan dan fesyen show batik. Pada 3 Mei 2014 turut diadakan Mini Konsert Gempita Kraf 2014 yang melibatkan artis-artis Malaysia dan artis-artis dari Sabah.

Acara tahunan Kraf Idol 2014 turut diadakan bagi mencari juara Kraf Idol 2014. Acara ini berbentuk pertandingan lagu dan terbuka kepada semua pengunjung program promosi ini.

Kredit: http://pkkmsabah.blogspot.com/

2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam