The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Program ‘2KM Walk-N-Plant-A-Thon’, KK Wetlands

2KM Walk-N-Plant-A-Thon Into the Mangrove

Bersempena Hari Tanah Lembap Sedunia 2016, Persatuan Pemuliharaan Tanah Lembap Sabah atau Sabah Wetlands Conservation Society (SWCS) akan menganjurkan Hari Tanah Lembap Sedunia tahunan 2016 yang akan diadakan pada 27 Februari 2016 pukul 7:30 pagi hingga 02:30 petang  di Kota Kinabalu Wetlands.

Acara alam sekitar bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan tanah lembap untuk masa depan kita, di samping menggalakkan gaya hidup yang sihat dengan menganjurkan 2KM Walk-N-Plant-A-Thon (walk-a-thon ) ke dalam hutan bakau.

Bunyinya agak pelik, namun itulah keunikan program ini.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah;

  • Majlis Pelancaran Hari Tanah Lembap Sedunia
  • Hari Terbuka  Kota Kinabalu Wetlands (untuk orang awam)
  • Mangrove Challenge (Sukaneka untuk pelajar)
  • A pelancaran buku “A Guide to the Plants of Kota Kinabalu Wetlands”
  • Pendaftaran ‘KK Wetlands Voluntary Guardian’
  • Saringan kesihatan asas percuma oleh Jesselton Medical Centre
  • Urutan refleksologi oleh Plumeria Reflexology & Spa

Laluan sejauh 2km yang perlu dihabiskan oleh peserta adalah merangkumi;

  • 1.5km laluan papan
  • 200m laluan berlumpur/gravel
  • 300m laluan pejalan kaki (walkway)

Semoga usaha untuk menyebarkan kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai kepentingan tanah lembap untuk masa depan kita dan menggalakkan gaya hidup sihat tercapai.

Info lanjut: 2KM Walk-N-Plant-A-Thon Into the Mangrove

4 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam