The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Product Shoot Dengan D.I.Y White Box Bajet Ciput

DIY Light Box White Box

Sudah beberapa hari saya merancang untuk membuat ‘White Box’ dengan kos yang paling minimum. Akhirnya malam ini, projek ‘sulit’ saya itu dapat dilaksanakan setelah semua anak-anak tidur.

Peralatan asas seperti pembaris, pensel, gunting, gam/pita pelekat dan beberapa peralatan lain saya pinjam dari anak saya. Cuma perlu dapatkan kotak terpakai, kertas putih serta set kamera dan speedlight bersama difuser. Kos bagi membuat ‘White Box’ ini di bawah RM10.00 (tidak termasuk kamera dan speedlight).

Kamera dan speedllight saya gunakan wireless trigger. Dengan mencuba pelbagai setting shutter speed, aperture, cuma beberapa keping sahaja yang menjadi. Kedudukan pantulan speedlight juga memain peranan penting.

Hasil Gambar Dengan D.I.Y White Box Bajet Ciput

6 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam