The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Percubaan Sesi Kedua ‘Product Shoot – Superhero’

Product Shoot Superhero

Sebelum ini saya ada membuat projek pertama ‘product shoot’ dengan menggunakan DIY White Box. Selang beberapa minggu selepas itu (minggu lepas) saya membuat ‘product shoot’ sesi kedua cuma menggunakan kertas putih dengan bantuan dua external speedlight.

Saya jadikan Nikon SB-700 sebagai master dan Nissin Di622 Mark II Digital Flash sebagai slave. Saya masih baru lagi dengan Nikon SB-700 dan belum biasa lagi menggunakannya. Maka, banyaklah gambar yang ‘under-exposed’ dan ‘over-exposed’.

Namun, selepas beberapa kali ‘try and error’ dan membuat rujukan semula pada buku manual, barulah mendapat setting yang diperlukan.

Gambar saya ambil sekadar suka-suka sahaja. Insyaallah, pada masa akan datang, jika hasilnya lebih baik dari sekarang, kemungkinan saya akan masukkan di dalam ‘stock photo’.

Kali ini, saya masih menggunakan prop iaitu superhero mainan anak-anak sebagai objek utama.

Gambar yang dihasilkan;

MUS_4058

MUS_4078

MUS_4041

MUS_4046

MUS_4049

MUS_4056

MUS_4034

Set Penuh Gambar boleh rujuk di Flickr saya.

6 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam