The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Poskod 88005 Untuk Peti Pos Dasar Laut Di Pulau Layang-Layang, Sabah

Peti Pos Dasar Laut Paling Dalam Di Dunia, Pulau Layang-Layang Sabah

Rekod terbaru dicipta oleh Pos Malaysia dengan pelancaran “Peti Pos Dasar Laut Paling Dalam Di Dunia” dilancarkan di Pulau Layang-Layang, Sabah berhampiran Kepulauan Spratly, di Laut China Selatan.

Peti pos dasar laut itu ditempatkan sejak 25 Julai lepas terletak 300 kilometer dari pantai Sabah dan mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan menggunakan kapal terbang dari Kota Kinabalu menggunakan poskod 88005.

Terletak pada kedalaman 40 meter dari permukaan laut, ia sekali gus mencipta rekod dalam ‘Malaysia Book of Records’ sebagai peti pos dasar laut terdalam di negara.

Permohonan baru perlu dibuat kepada Guinness World Records bagi mengatasi rekod yang dipegang oleh  peti pos Susami, Wakayama di Jepun dengan kedalaman 10 meter.

Dua orang posmen Victorley Marden, 25, dan Ritchie Alester Lee, 35 yang dilantik akan ditugaskan untuk memungut dan mengumpulkan poskad kalis air dari peti pos dasar laut itu.

Kutipan poskad ini akan diadakan secara segera mengikut jadual. Semua poskad termasuk surat akan dihantar menggunakan penerbangan MASWings yang bertolak dua kali seminggu dari pulau ini dan kemudian dihantar ke Pos Malaysia Kota Kinabalu untuk proses seterusnya.

Sebelum ini, Pos Malaysia juga melancarkan peti pos tertinggi di Malaysia iaitu terletak di Laban Rata Gunung Kota Kinabalu.

Para pelancong berpeluang mengirim poskad dari tempat yang tertinggi Gunung Kinabalu dan terdalam di dasar laut Pulau Layang-Layang sebagai kenang-kenangan.

Sumber: Rakyat Post | BERNAMA

8 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam