Majlis Pelancaran Pesta Tarian Naga, Unicorn & Singa Peringkat Sabah Tahun 2013

Majlis Pelancaran Pesta Tarian Naga, Unicorn Dan Singa 2013

Majlis Pelancaran Pesta Tarian Naga, Unicorn Dan Singa 2013

Memang meriah suasana semasa majlis pelancaran Pesta Tarian Naga, Unicorn & Singa Peringkat Sabah Tahun 2013 hujung minggu lepas. Dentuman mercun dan paluan gendang menandakan bermulanya pesta yang menghimpunkan puluhan pasukan yang mewakili kelab masing-masing sekitar Sabah.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Bandar Kota Kinabalu dan beberapa orang kenamaan yang lain. Kelihatan juga ramai pelancong asing di tapak pesta hari tersebut.

Aksi yang mendebarkan membuatkan para penonton tidak senang duduk. Ada sahaja ‘trick’ yang menarik dipamerkan.

Gambar Semasa Pelancaran Pesta Tarian Naga, Unicorn & Singa Peringkat Sabah Tahun 2013

Majlis Pelancaran Pesta Tarian Naga, Unicorn Dan Singa 2013

Gendang Cina

Ketua Menteri Sabah

Ketua Menteri Sabah

Ketua Menteri Sabah Memberi Angpow

Ketua Menteri Sabah Memberi Angpow

Kepala Naga

Kepala Naga Berwarna-Warni

Peserta Tarian SInga

Peserta Tarian Singa Tidak Sabar Untuk Beraksi

Pemberian Angpow

Pemberian Angpow

Persembahan Tarian SInga

Persembahan Tarian Singa

Naga Dan Bebola

Naga Dan Bebola

Bekerja Keras Mengihuburkan Penonton

Bekerja Keras Menghiburkan Penonton

Naga Yang Sudah Bersedia Untuk Beraksi

Naga Yang Sudah Bersedia Untuk Beraksi

Para Peserta Sudah Bersedia Untuk Membuat Persembahan

Para Peserta Sudah Bersedia Untuk Membuat Persembahan

Ketua Menteri Sabah Melawat Setiap Pasukan

Ketua Menteri Sabah Melawat Setiap Pasukan

Aksi Mereka Menghuburkan Penonton

Aksi Mereka Menghiburkan Penonton

Tarian singa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tarian Singa (bahasa Cina: ??; pinyin: w?sh?) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Sejarah Tarian Singa

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand,[(Malaysia)] dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah “Tarian Singa Utara” dan “Tarian Singa Selatan”.

Tarian singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga,(hijau dan kuning bagi kostum singa betina. Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.Mata singa itu pula berwarna hitam bersama-sama warna putih atau merah bersama-sama warna putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat singa yang garang.

Kredit: http://www.cutisabah.my | Wikipedia

Carian Yang Berkaitan:

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam