The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Pesta Nelayan Menumbok Pada 31 Oktober Hingga 2 November 2014

Pekan Menumbok, Sabah

Pekan Menumbok memang terkenal dengan perkampungan nelayan sepanjang pesisir pantai. Penduduknya ramah dan senang mengukir senyuman. Ia sebuah pekan kecil yang kini semakin membangun dan menjadi laluan masuk utama ke Pulau Labuan.

Jambatan Si Tompok di Kuala Penyu yang menelan kos perbelanjaan sebanyak 60 juta ringgit memudahkan lagi perjalanan dari Kota Kinabalu ke Pekan Menumbok selain menggunakan jalan dari Beaufort.

Pesta ini diadakan bagi menghargai masyarakat nelayan dari Menumbok kerana sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi daerah ini. Pelbagai acara diadakan dan  makanan laut yang lazat digabungkan dalam keseronokan serta permainan pada pesta ini nanti.

Ada persembahan tarian kebudayaan, demo silat, pameran, permainan dan sukan rakyat dan lain-lain lagi. Anda bolehlah menyertai mana-mana acara tersebut yang akan diadakan di Pantai Mempakul pada 31 Oktober sehingga 2 November 2014  ini.

Pantai Mempakul  merupakan salah satu daripada tempat yang terkenal untuk mengambil gambar matahari terbenam. Memang sesuai kepada pencinta alam. Keindahan pantainya menjadi daya tarikan.

Penganjur
Pejabat daerah Kecil Menumbok

Lokasi
Pantai Mempakul

Hubungi
Awang Tajudin Awang Bahar
087 831216
087 831071
AgTajudin.AgBahar@sabah.gov.my

Kredit: Gambar

2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam