
ACARA TAHUNAN DI SARIKEI - Hari ini merupakan hari pertama Pesta Nanas seperti yang berlangsung pada tahun-tahun lepas. Tahun ini kiranya saya beruntung kerana dapat menyaksikannya sendiri.
Bandar Sarikei yang terkenal dengan nanasnya akan menjadi perhatian pengunjung sehingga 2 September ini. Selama berlangsungnya pesta ini, terdapat pelbagai acara menarik yang akan dianjurkan.

Selama hampir 3 jam berada di tapak pesta, saya amat tertarik dengan gerai yang menjual perhiasan dan pakaian kaum iban.

‘Sugu tinggi’, ‘selampai’, ‘tanggu’ dan beberapa hiasan lain amat cantik sekali. Isteri saya dulu (gadis iban) biasa menggunakan perhiasan tersebut.

Selain itu, gerai menjual peralatan muzik tradisional seperti gong besar ‘tawak’ dan gong kecil ‘engkerumung’ juga ada di tapak pesta. Harganya dari ratusan hingga ke ribuan ringgit. Ia diperbuat daripada tembaga.

Pada sebelah malamnya, pasar malam dan taman hiburan ‘fun-fair’ juga ada untuk pengunjung.
Posted from WordPress for Android (S3)
Saya suka makan jem nanas. Kalau buah nanas agak kurang sedikit.
akubiomed dan entrinya..Saluran Astro Best menawarkan filem terbaik
Sedap tu nenas

lepakk.com dan entrinya..4 Tips menjadi blogger terkenal
leh promote hasil2 usaha pekebun nenas..

Jebeng Otai™ dan entrinya..Teknik Balikkan Cahaya Flash
Wahh.. Meriah persiapannya. Bila tiba harinya nanti tentu lebih hebat!
anif dan entrinya..Ancaman Penipuan Melalui SMS