The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Pesta Kubis Sabah 2014 Bakal Berlangsung Pada 17-18 Oktober 2014

Pesta Kubis Sabah 2014

Acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh penduduk setempat mahupun pelancong luar Sabah adalah Pesta Kubis. Pesta ini antara pesta yang mengisi kalendar pelancongan di Sabah khususnya daerah Kundasang selain Festival Muzik Gunung Homestay  yang berlangsung pada  26 – 27 September 2014 yang lepas.

Pesta selama dua hari ini akan berlangsung pada 17 dan 18 Oktober 2014 di Pekan Kundasang. Manakala perasmiaannya pula akan dibuat oleh Y.B Datuk Seri Panglima Hj. Masidi Manjun selaku Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah.

Antara acara-acara menarik yang bakal berlangsung adalah seperti;

  1. Pertandingan Sulap Dusun
  2. 4×4 Challenge
  3. Pertandingan Masakan Tradisonal
  4. Pertandingan Sayuran Tanah Tinggi
  5. Bintang Remaja
  6. Pameran Agensi Kerajaan & Swasta
  7. Gerai Jualan
  8. Malam Aneka Ragam
  9. Pertandingan Mewarna

Tandakan kalendar anda pada tarikh 17 & 18 Oktober ini untuk bersama-sama meriahkan lagi pesta di di kaki Gunung Kinabalu ini. Jika perlukan pengangkutan dan penginapan semasa berada di sana, boleh merujuk laman web SABAHCHECK.IN

Sumber rujukan: Pesta Kubis Sabah

2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam