Pesta Kaul Mukah, Pesta Keramaian Masyarakat Melanau Di Sarawak

4553645950 2c844e9744 z Pesta Kaul Mukah, Pesta Keramaian Masyarakat Melanau Di Sarawak

Gambar Pesta Kaul Mukah - Tibow oleh Chot Touch

Pesta Kaul Mukah pada tahun ini akan diadakan pada 21 April 2012 hingga 29 April 2012. Majlis Perasmian akan diadakan pada 21 April 2012 pada pukul 9.00 pagi di Dewan Kala Dana Mukah, Sarawak.

Pesta Kaul Mukah merupakan pesta keramaian yang diraikan oleh Masyarakat Melanau pada setiap tahun. Pesta tradisi ini menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan mempunyai keunikan tersendiri.

Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh Masyarakat Melanau ‘Pagan’ untuk memohon restu daripada penunggu laut, darat, ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki.

Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan. Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu. Perubahan agama  dan anutan di kalangan Masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan Kaul. Kehadiran Islam dan Kristian membawa dimensi baru kepada kaul yang lebih sesuai dilihat sebagai Pesta Sosio-Budaya. Namun, di dalamnya masih terpelihara dan terselit keunikan warisan Budaya Melanau di Negeri Sarawak iaitu masyarakat yang masih mengekalkan upacara tradisi yang disesuaikan mengikut masa.

Pesta Kaul menjadi medan perkelahan komuniti terbesar masyarakat Melanau. Pesta ini bakal menyajikan satu manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan, tarian dan adat resam.

Kini sambutannya disertai oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama terutamanya untuk melihat dan menyertai pelbagai permainan tradisi seperti ‘Tibow’ (buaian gergasi), pameran dan jualan makanan eksotik tempatan seperti ‘Tebaloi’, ‘Si’et’ dan ‘Umai’, persembahan kebudayaan, pameran kraftangan dan yang lebih menarik adalah proses penyatuan keakraban yang menemukan pelbagai bangsa, agama dan pertuturan dalam upacara perkelahan komuniti.

Berikut adalah aktiviti biasa sepanjang berlangsungnya Pesta Kaul;

1.   Pertandingan Masakan
2.   Pertandingan Memancing di Tebingan Sungai
3.   Sukan Rakyat
4.   Pertandingan lagu klasik
5.   Pertandingan Petanque
6.   Mukah Beach Triathlon
7.   Pertandingan Bola sepak Pantai
8.  Pertandingan fesyen kanak-kanak
9.   Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)
10. Galeri Kaul
11. Gerai Pameran Dan  Jualan
12. Karnival Fotografi kaul
13. Bermukun
14. Mr & Mrs Jerd (Badang)
15. Pertandingan dan Pameran Kraftangan
16. Pertandingan Menggubah Serahang
17. Pentas Seni Warisan Budaya
18. Pentas Hiburan
19. Pertandingan Teluwaih dan Jemelai Jinih
20. Perarakan Serahang
21. Perarakan Seni Warisan 1 Malaysia
22. Pertandingan dan Pameran Layang-layang
23. Pertandingan menulis esei
24. Karnival Permotoran
25. Kaul Music Fest (Battle of The Band)
26. Keman Beradet
27. Senam Seni 1 Malaysia
28. Dan Banyak Lagi..

Sumber/Kredit:

  1. http://hot66-hot66.blogspot.com
  2. Gambar – Tibow – Chot Touch
pixel Pesta Kaul Mukah, Pesta Keramaian Masyarakat Melanau Di Sarawak

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Pelancongan, Sarawak and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Pesta Kaul Mukah, Pesta Keramaian Masyarakat Melanau Di Sarawak

  1. menarik gambar di atas tu…
    Btw, jom pi Pesta.. next week ehhh
    Dulu Lain Sekarang Lain dan entrinya..Amerika Kutuk Roket Korea UtaraMy Profile

  2. titan says:

    pehh..macam beest gila benda nih..
    titan dan entrinya..Bukan aku tak suka kena kiss..My Profile

  3. Denaihati says:

    semestinya meriah, 9hari dengan banyak aktiviti yg menarik. info baru ni.
    Denaihati dan entrinya..Wolves vs Arsenal and EPL 2011/12 Results Week #33My Profile

  4. kulanz says:

    Belum ada peluang lagi tengok pesta ni.. mesti meriah sebab banyak juga tu aktiviti dalam senarai
    kulanz dan entrinya..Wordless Wednesday: PanicMy Profile

  5. akubiomed says:

    Menarik pesta ini kalau ada video rakaman tentu nampak lebih menarik. Ketika dikolej saya ada kawan Sarawak yang berbangsa Malanau.

    Kadang susah hendak bezakan antara yang beragama islam dan kristian kerana mengunakan ‘bin’
    akubiomed dan entrinya..Wordless Wednesday – #Apa yang penting kerjasamaMy Profile

  6. tehr says:

    Aku agak memnag meriah dan penuh warna warni
    Teringin juga nak nengok, mus
    tehr dan entrinya..Yang Di Pertuan Agong Ke-14My Profile

  7. yas says:

    Sekali tengok dah macam aksi skuad khas la plak…he3x!!
    yas dan entrinya..Akibat Menyahut Cabaran Yang Bodoh…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya