Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2014 Di Kota Marudu

Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2014 Di Kota Marudu Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2014  Di Kota Marudu

Pesta Kaamatan tahun ini ialah ‘Kebudayaan:Asas Keamanan dan Persahabatan’ atau dalam bahasa tempatan ‘Koubasanan:Koimpohon Do Piunungan Om Poimbolutan’ yang menekankan kepentingan untuk semua rakyat memahami antara satu sama lain

Acara-acara yang akan diadakan adalah seperti berikut;

20 APRIL 2014
* Pertandingan bercerita bahasa ibunda

24 APRIL 2014
* Pertandingan Sugandoi Kaamatan

26 APRIL 2014
* Pertandingan Mr. Harvest Tourism Kaamatan

01 MEI 2014
* Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan
* Pertandingan Sukan Tradisi
* Pertandingan Masakan Tradisi
* Pameran Hasil-hasil Pertanian, Ternakan dan Perikanan
* Persembahan Kebudayaan Tradisi
* Persembahan Artis-artis Tempatan+

Berita Berkaitan

Pelbagai Program Baharu Diatur Bagi Memeriahkan Pesta Kaamatan Tahun Ini – Pairin

KOTA KINABALU, 9 Jan (Bernama) — Pelbagai program baharu dan menarik bakal ditonjolkan pada sambutan Pesta Kaamatan tahun ini untuk menarik pelancong ke Sabah sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata program berkenaan termasuk yang belum pernah disaksikan sebelum ini seperti mengetam padi secara tradisional melibatkan pelancong asing.

“Salah satu idea yang dikemukakan ialah aktiviti mengetam padi melibatkan pelancong asing bersama peserta unduk ngadau tahun ini dan peserta unduk ngadau terdahulu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama sambutan Pesta Kaamatan di sini hari ini.

Beliau berkata ativiti mengetam padi itu bukan hanya dapat menonjolkan cara menuai padi kepada pelancong luar tetapi menjadi penyumbang kepada ekonomi Sabah melalui aktiviti pelancongan bercorak tradisi dan kebudayaan.

Justeru beliau mengingatkan penganjur Pesta Kaamatan di setiap daerah agar memperbanyakkan bahan tradisi seperti kraftangan untuk dijual dan dipromosi kepada pelawat mahupun pelabur asing yang datang menyaksikan pesta itu.

Mengenai mesyuarat pertama Pesta Kaamatan hari ini, Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berkata sebanyak 16 jawatankuasa dibentuk selain mewujudkan semula jawatankuasa ‘International Hospitality’ bagi menyokong program Tahun Melawat Malaysia 2014.

“Tema yang dipilih sempena sambutan Pesta Kaamatan tahun ini ialah ‘Kebudayaan:Asas Keamanan dan Persahabatan’ atau dalam bahasa tempatan ‘Koubasanan:Koimpohon Do Piunungan Om Poimbolutan’ yang menekankan kepentingan untuk semua rakyat memahami antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata pelancaran Pesta Kaamatan tahun ini akan diadakan di Kota Marudu pada 1 Mei yang akan sempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Sementara itu, Pairin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Peringkat Negeri berkata sambutan Pesta Kaamatan juga akan dibuat di peringkat daerah Kuala Penyu dan Tenom pada 10 Mei; Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada 15 hingga 17 Mei; Tambunan pada 17 Mei; manakala Keningau dan Kota Belud pada 18 Mei.

– BERNAMA

Carian Yang Berkaitan:

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge