The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Pesta Gong Matunggong Popularkan Kampung Sumangkap

Kaum Rungus, Matunggong

Inilah keunikan di Sabah yang kaya dengan pelbagai suku bangsa dan perayaan/pesta.  Hampir setiap minggu, ada sahaja pesta yang berlangsung. Minggu lepas, Kundasang meriah dengan Pesta Kubis.

Setiap daerah masing-masing popular dengan ‘landmark’ tersendiri. Bagi Pekan Kecil Matunggong terutamanya di Kampung Sumangkap, gong dihasilkan dengan cara tradisonal dan moden dan industri pembuatan gong ini merupakan perusahaan utama di sini.

Sempena dengan itu, Pesta Gong diadakan pada setiap bulan Oktober/November setiap tahun di sini. Minggu ini komuniti Rungus di Matunggong pula mengadakan Pesta Gong.

Pesta Gong Diadakan Di Kampung Sumangkap.

Pesta Gong Matunggong tahun 2014 akan diadakan pada 23 – 24 Oktober ini. Tinggal beberapa hari sahaja lagi pesta ini akan berlangsung. Tapak Pesta Gong ini terletak di Kampung Sumangkap, Matunggong.

Bagi yang berkelapangan, bolehlah menyertainya.

Video Pesta Gong

Kredit gambar: wencykewt.blogspot.com | Video : http://www.youtube.com

Carian Yang Berkaitan:

9 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam