The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Festival Bagandang Beaufort 2014 Pada 18-22 November 2014

Majlis Pra Pelancaran Festival Bagandang Beaufort 2014

Majlis Pra Pelancaran Pesta Bagandang 2014 Di Beaufort, Sabah

Majlis Pra Pelancaran Festival Bagandang Beaufort 2014 telah diadakan di Kolej Komuniti Beaufort pada 1 November 2014 yang disempurnakan oleh oleh YB Datuk Hajah Azizah DSP Hj Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.177 Beaufort.

Festival Bagandang Beaufort 2014 ini merupakan anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.177 Beaufort dengan kerjasama Jawatankuasa Festival Bagandang Beaufort 2014.

Bagandang ialah persembahan muzik tradisi masyarakat di Beaufort, khususnya kaum Bisaya, yang menggunakan kulintangan iaitu alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul.

Alat muzik ini terdiri daripada lapan atau lebih biji gong kecil berbusut. Set gong ini terletak secara mendatar di dalam rak kayu dan dipukul dengan sepasang pemukul kayu.

Acara menarik lain ialah Malam Nusantara Bagandang, pertandingan perahu kawalan jauh, karnival usahawan wanita yang akan dihadiri oleh ‘Iron Lady Malaysia‘, Datuk Maznah Hamid dan pertandingan lumba basikal.

Lebih 13 kumpulan telah mengesahkan penyertaan pertandingan ini.

Perarakan tanglung dan kereta berhias akan diperkenalkan pada edisi keenam Festival Bagandang 2014 di tapak tamu daerah Beaufort di sini dari 18 hingga 22 Nov ini.

Festival Bagandang Beaufort 2014

Tarikh
18 – 22 November 2014.

Penganjur
Pejabat Daerah Beaufort

Lokasi
Dewan Pak Musa, Beaufort

Hubungi
Encik Mohd Shaid Hj. Othman, D.O
087 201208, 087 201209
087 211519
Pd.bft@sabah.gov.my

Rujukan : Kolej Komuniti Beaufort

3 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam