Kenapa Perut Boroi Selepas Kahwin?

Salam Jumaat rakan-rakan semua. Semoga hari Jumaat ini kita sama-sama mendapat keberkatannya.

Kali ini nak menyentuh isu perut boroi. Aku sekarang mengalaminya. Mungkin juga akibat sudah jarang bersenam dan mengeluarkan peluh.

Ada yang menafsirkan, perut boroi tandanya ‘bahagia’. Biarlah ‘bahagia’ tu korang sendiri yang huraikan dan aku pasti yang sudah kahwin memang memahaminya lebih mendalam.

Salah satu faktor yang jelas adalah kerana pemakanan.

Sejak akhir-akhir ni juga, aktiviti makan aku tidak berapa teratur. Nafsu makan tu kejap ada kejap tak ada. Bila dah datang nafsu, terbangun dari tidur pun pasti akan mencari sisa-sisa makanan di meja makan.

Hujung minggu pula, memang dah jadi minat aku juga memasak. Alahai.. nak jadi chef, tapi cita-cita tak kesampaian. Sepanjang melakukan kerja-kerja memasak ni, berjaya juga memasak Ikan Pari  Bakar, Satay, masak sayur Pak Choy dan beberapa resipi lain.

Jadi, lepas memasak.. mulalah aktiviti makan. Biasanya, aku makan apa yang ada di depan mata (yang halallah). Aku jenis tak memilih. Lebih-lebih lagi kalau isteri yang masak. Layan habis…

Makan tak bersenam.. Memang tak hairan akan boroi.

Jangan pulak ada yang tak kahwin kerana takut boroi.. rugi beb!!

perut boroi Kenapa Perut Boroi Selepas Kahwin?

imej dari google

Cerita Pasal Boroi..

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.

Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain ‘boroi?. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. – Blog Ibu Hamil

pixel Kenapa Perut Boroi Selepas Kahwin?

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Kesihatan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

21 Responses to Kenapa Perut Boroi Selepas Kahwin?

  1. sri mulyani says:

    Isteri kena bijak merancang pemakanan seimbang untuk keluarga . Ada beza diantara makanan yang sedap dan makanan yang berkhasiat. bagi pasangan yang dah masuk usia 40an corak pemakanan perlu ditukar kepada pemakanan berkhasiat.
    Bincang bersama suami mengenai menu sihat. Biasanya usia 40an bukan masalah boroi lagi..tapi juga penyakit penyakit lain. Kepada isteri jika sayang suami…belajarlah menu makanan sihat . Jaga keluarga. Thanks.

  2. akubiomed says:

    Boroi itu menawan. Ha..ha..asal duit berkepok ada hati yang sayang.
    akubiomed dan entrinya..Dataran Sunway adalah Zon BersihMy Profile

  3. titan says:

    haha..hati tengah bahagia..boroi ke..takde hal punya..

  4. wootwoot says:

    faktor utama sebenarnye minum air ketika makan..biase orang malaysia mmg suke buat gitu

    sebab itu islam tak benarkan minum air ketika makan..
    wootwoot dan entrinya..Tips Untuk Jadi ‘Popular’ dalam Kalangan Kawan dan Orang SekelilingMy Profile

  5. ehem ehem.. sambil membelek-belek perut sendiri… :D
    Dulu Lain Sekarang Lain dan entrinya..Kekasih GelapkuMy Profile

  6. AzlanYussof says:

    Tak lama lagi kan nak puasa..bleh kurus lah sikit..tapi masa berbuka jgan makan banyak-banyak..same jgk jadi nya nnt..hehe
    AzlanYussof dan entrinya..Episod #2: 10 Tips Blogging Terbaik.My Profile

  7. nuriz says:

    para bapak bapak …bila para ibu2 masak sedap tu yang bapak2 makan banyak hehe
    nak tau isteri masak sedap ke tak, tgk perut suami dia hehe
    nuriz dan entrinya..A Samad Said – 91 Watak Disekat, Demokrasi DukaMy Profile

  8. pqah says:

    hahaha…tbaekkkk dr ladang ~_~
    pqah dan entrinya..blog pqahcool d TRANSFOMERSkan !!!My Profile

  9. Chipcoklat says:

    Kalo chip sebelum kawin dah boroi mcm mane??? hehehehe… sukan jgk..tp takleh kecik jekk perut ni.. adoyai!
    Chipcoklat dan entrinya..~Biarkan Aku Jatuh Cinta~My Profile

  10. Mr Rileks says:

    hahahaha… betul tu bro… perut sy pun naik pas kawen, al-maklum la lepas kawen ada org yg masak sedap2, b4 kawen mkn pun x teratur… hohoho… nak jogging nak jogging…
    Mr Rileks dan entrinya..Kereta Swarovski Studded Mercedes Benz SL600 disaluti BerlianMy Profile

  11. Jai says:

    Tandanya cukup makan la tu.. Tapi aku xtau lah cemna lagi.. Ntah2 nanti boroi jugak.. Org umah masak sedap2..ha3
    Jai dan entrinya..Roadblock BERSIH 2.0 | Jalan Dilencong Dan Tutup Sekitar Kuala Lumpur 9 JulaiMy Profile

  12. wrizuan.net says:

    hahaha…part yang paling tdk disukai oleh golongan macho hihihi….
    biasanya org yg berkecimpung dlm sukan yg “menikmati” kes nie…
    wrizuan.net dan entrinya..9hb Julai 2011 adalah Hari Darurat ?My Profile

  13. tehr says:

    lelaki ni bila dah kawin akan kurangkan aktiviti sukan
    sibuk semacam je
    hehe

  14. eyriqazz says:

    hik3..malu2…kena lebihkan exercise dan kurangkan makan lepas ni….
    eyriqazz dan entrinya..Gembira Jumpa Blogger Teknologi Popular @ AmanzMy Profile

  15. Salah satu sebab utama adalah cara pemakanan berubah. Saya biasanya malam tak makan atau makan buah sahaja waktu bujang, dah kahwin ni, malam pun makan juga.
    Sabahan Bloggers Club dan entrinya..auto-publish commentMy Profile

  16. elakkan juga minum air ketika sedang makan, kalau boleh minum sekitar 15 min lepas makan he
    tengkorak emas dan entrinya..Selamat dengan IslamMy Profile

  17. mancai says:

    syukur peringkat boroi ni masih belum lagi.. walaupun dah dekat 7 tahun berkahwin…
    mancai dan entrinya..memasang Drupal 7My Profile

  18. anif says:

    Itu tanda senang hati dan bahagia :D haha..
    anif dan entrinya..Mula-Mula Gunting Kertas..My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya