The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Pertandingan Memancing Udang Galah Anjuran JKKK Kg. Suasa Beaufort

Pertandingan Memancing Udang Galah Kg. Suasa Beaufort 2015

Seperti tahun lepas, acara pertandingan memancing udang galah ini sememangnya dinanti-nantikan para pemancing tegar.

Acara utama pertandingan memancing udang galah akan berlangsung pada hari Rabu,  16 September 2015 sempena cuti Hari Malaysia di sepanjang pesisir Sungai Padas, Kg. Suasa. Acara bermula pada jam 9.00 pagi dan dijangka selesai pada 12.00 tengah hari.

Para pemancing yang berminat atau ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor telefon seperti yang tertera pada banner di atas dan yuran penyertaan adalah RM50 setiap joran.

Hadiah keseluruhan yang ditawarkan adalah RM8400.00 dan hadiah utama bernilai RM3,000.00 untuk dimenangi pemancing bertuah.

Namun acara tahun ini ditambah dengan acara sampingan iaitu memancing tradisional dalak dan karuk yang berlangsung pada 17 dan 18 September 2015.

Jom kita meriahkannya!!

Sebarkan kepada rakan anda!!

Carian Yang Berkaitan:

6 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam