The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Pertandingan Memancing Anjuran Sungai Biru Lohan, Ranau

 Pertandingan Memancing Di Sungai Biru Lohan Ranau Sabah

Pertandingan ‘Pancing Duit di Sungai Biru’ menawarkan Wang Rebutan RM8,000. Dengan format baru pertandingan anda pancing ikan dan boleh tebus wang tunai sememangnya amat menarik.

Pertandingan memancing ini akan diadakan pada 10 Januari 2015 (Sabtu) dari jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang.

Hadiah wang tunai yang  dibayar adalah seperti;

  • Berat ikan atas 100g bawah 300g – RM5
  • Berat ikan atas 300g bawah 500g -RM20
  • Berat ikan 500g ke atas – RM50

Selain itu terdapat hadiah wang tunai tambahan (xtra).

Yuran penyertaan pertandingan memancing ini adalah RM60/joran. Pra-Pendaftaran pertandingan kini dibuka dan borang boleh diisi pada halaman http://sungaibiru.com

Video Promo Sungai Biru

 

Sungai Biru menyediakan penginapan homestay, rekreasi kolam dan sungai, perkelahan dan aktiviti santai berlatarkan relex alunan bunyi sungai yang damai dan menenangkan.

Perjalanan ke Sungai Biru Resort mengambil masa selama lebih kurang 15-20 minit menaiki kenderaan daripada Pekan Ranau.

6 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam