The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Persiapan Getty Image Untuk Sukan Olimpik Rio 2016

Baru-baru ini sebuah laman web luar negara Getty Images berkongsi gambar bilik penyimpanan perkakasan fotografi jenama Canon termasuk badan kamera (high-end), lensa dan aksesorinya bagi persediaan Olimpik Rio 2016 di Brazil.

Logo Sukan Olimpik Rio Brazil 2016

Getty Images membeli lebih 1,500 lensa dan 950 badan kamera (body) yang bakal digunakan untuk temasya tersebut dan digunakan oleh 78 jurugambar profesional.

Agensi itu juga dijangkakan akan mengambil gambar sebanyak 1.5juta gambar sepanjang kejohanan termasuk acara penyampaian medal dan dalam tempoh 120saat gambar tersebut akan terus dihantar dan diterima oleh pelanggan.

 Setiap jurugambar Getty Image akan dilengkapi dengan sebuah beg (50lb) yang mengandungi;

Kamera Canon Sukan Olimpik Rio 2016

  • Kamera 360-degree
  • 4 buah DSLR
  • Lensa16-35mm f/2.8
  • Lensa24-70mm f/2.8
  • Lensa 70-200mm f/2.8
  • Lensa 300mm f/2.8
  • Lensa telephoto (400mm, 500mm, or 600mm),
  • 2 unit Flash
  • Komputer riba
  • Pakaian

Ini bermakna seorang jurugambar bakal menggunakan peralatan yang berharga $42,289.00 (RM170,951.14) setiap seorang. Cukup mewah dan sesuai dengan bebanan tugas mereka.

Selain itu, Getty Image juga akan menggunakan , 20 unit kamera robotik untuk imej sudut tinggi dan imej dalam air.

Sumber : PetaPixel

One Response

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam