The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Persediaan Ringkas Hari Raya Qurban

image

Hari ini saya temankan isteri membeli barangan dapur di Pasar Besar Kota Kinabalu.

Suasana agak meriah kerana masing-masing sudah sibuk membuat persiapan hari raya yang akan menjelang.

Saya tertarik dengan pelanggan yang berebut membeli kelapa parut untuk dibuat santan. Ada yang membeli sehingga 3 kilogram. Tak menang tangan pekedai melayan pelanggannya. Itulah rezeki Raya Qurban.

Saya dan isteri membeli daging lembu dan sayur-sayuran sahaja. Kami bercadang memasak nasi briyani dan kari lembu.

image

Sebelum balik sempat membeli kuih ‘Penyaram’ yang merupakan kuih kegemaran saya. Terdapat beberapa nama lain kuih ini di sini. Saya tidak tahu.

Namun, kalau di Sarawak kuih ini dinamakan sebagai Penyaram. Harganya adalah RM1 untuk 3 keping.

Istimewanya kuih ini kalau di Sarawak, ia dibuat menggunakan ‘Gula Apong’ (Gula Nipah).

Ianya sedap dimakan ketika panas.

Posted from Samsung S3

8 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam