The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Perlunya Peti Keselamatan Di Dalam Bilik Hotel

image

Ketika ini saya berada di Swiss-Inn, Sandakan. Bilik hotelnya agak selesa dan sesuai untuk merehatkan badan selepas mengharungi perjalanan jauh dari Kota Marudu ke Sandakan melalui Jalan Paitan – Sapi Nangoh. Bilik yang selesa memang amat diharapkan.

Selain keselesaan semasa menginap di bilik hotel, bab keselamatan harus juga diambil kira.

Banyak aspek keselamatan yang perlu dilihat sebelum menginap di mana-mana hotel atau rumah tumpangan.

Bagi saya, bilik yang ada tingkap, telefon, tangga kecemasan, kamera litar tertutup (cctv) akan menjadi pilihan.

image

Selain itu, bilik yang ada menyediakan peti keselamatan juga satu keperluan terutama untuk menyimpan barang berharga. Barang berharga disimpan sementara waktu seperti ketika kita mandi.

Jika keluar dari bilik, seharusnya kita membawa keluar sekali barang berharga yang kita ada. Jika berlaku kehilangan, sudah pasti pihak hotel tidak akan bertanggunhjawab kerana peringatan sudah diberikan.

Posted from Samsung S3

4 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam