BERPIJAK DI BUMI KENYALANG – Semalam saya dan keluarga tidak merancang untuk ke Lawas, Sarawak. Pada asalnya kami cuma mahu ke Beaufort untuk makan nasi ayam saiz XXL (isteri tengah mengidam)
Kami bergerak dari rumah pada jam 10.40 pagi dan sampai di Beaufort pada jam 12.00 tengah hari. Kami menjamu selera dan menghilangkan penat. Hampir sejam kami berada di Beaufort, kemudian saya terfikir pula nak bawa mereka ke Lawas, Sarawak. Isteri pula tak membantah pertukaran rancangan yang sepatutnya selepas makan terus balik ke Kota Kinabalu. Anak-anak usah ditanya, memang ok jer.
Kalau memang dirancang perjalanan ini, sudah pasti kami membawa pakaian dan bermalam di Lawas. Seronok juga melihat anak-anak yang gembira walaupun kepenatan. Banyak juga perjalanan yang dirancang rapi sebelum ini tidak menjadi. Rancangan last minutes juga yang menjadi.
Pada perjalanan kami ini juga, saya langsung tidak merancang untuk melawat tempat menarik di sana. Cukuplah sekadar pusing-pusing masuk bandar dan berrehat di Tebingan Sungai Lawas (Lawas Waterfront).
Pada jam 4.00 petang kami bergerak balik ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan balik, kami singgah makan Sate Sipitang dan ke Tamu Papar.
Perjalanan akan datang kami bercadang ke Labuan dan Tawau.
Gambar kami di Lawas, Sarawak
Info Mengenai Lawas
Daerah Lawas merupakan sebuah daerah yang terletak di Bahagian Limbang, Negeri Sarawak. Kedudukan Daerah Lawas yang stragetik iaitu bersempadan dengan Negeri Sabah dan Negara Brunei Darussalam serta Wilayah Persekutuan Labuan menjadikan Daerah Lawas sebagai tumpuan pelancong luar terutamanya penduduk Brunei. Nama Lawas adalah satu perkataan Melayu dalam kamus yang bererti sebuah kawasan yang luas dan lapang. Nama ini terdapat juga di Sumatera, iaitu Padang Lawas dan orang Melayu adalah yang terawal membuka dan menduduki lembah Sungai Lawas. Keadaan alam semulajadi yang berbukit bukau serta kehijauan floranya menjadikan Lawas daerah yang kaya dengan segala hasil tanaman buah-buahan serta sayur-sayurannya. Masyarakat di lawas terdiri daripada penduduk suku kaum Lunbawang, Kedayan, Melayu Brunei, Murut Tagal dan Cina. dan bahasa utama yang dituturkan Melayu Brunei, Kedayan serta Lunbawang.
Lawas juga telah dikenali sebagai antara daerah di Sarawak yang terkenal dengan kebersihan dan keindahan. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa kejayaan pihak Majlis Daerah Lawas menjuarai pertandingan Program Bersih dan Indah di samping mewakili Negeri Sarawak di peringkat Kebangsaan. Suasana di Lawas amat tenang dan nyaman kerana terhindar dari kesibukan kota raya dan sesuai bagi seseorang yang ingin menghilangkan rasa tekanan di tempat kerja dan ingin lari dari kesibukan kota metropolitan.
Sama seperti di Limbang, pekan Lawas merupakan salah satu transit yang paling sibuk kerana terletak diantara Sarawak, Sabah, dan Brunei. Perusahaan kayu balak dan pertanian merupakan ekonomi yang utama di sini. Kawasan tanah tinggi yang dikenali sebagai Ba’Kelalan terkenal dengan keunikannya iaitu pengeluaran buah epal dan oren yang boleh didapati di kawasan tanah tinggi Ba’kelalan.. Selain itu pelancong juga boleh merasai keindahan suasana perkampungan kaum Lun Bawang dan dapat mempelajari budaya mereka disamping suasana iklim yang sejuk dan nyaman. Pada masa ini kebanyakan tanah di Lawas, Sundar serta Trusan telah berubah dari sawah padi ke dalam ladang kelapa sawit.
Salah satu tarikan pelancongan yang paling popular di Lawas ialah Tamu Lawas, yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Produk tempatan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan produk laut yang dijual oleh penduduk tempatan dalam pasaran ini yang sering dikunjungi oleh penduduk tempatan dan orang-orang dari daerah Temburong Brunei. Selain Tamu Lawas, antara tempat-tempat menarik di Lawas ialah Pantai Punang, Pantai Sungai Bangat, Pa’Lelau di Merarap, gunung Murud, Kampung udara Terjun (sepanjang Jalan Trusan). Kampung Awat-awat adalah kampong air yang unik, serupa dengan Kampung air di Brunei tetapi yang lebih kecil dan pelancong boleh mencuba makanan tradisi Lawas iaitu ambuyat dan ikan tahai serta merasai sendiri proses penghasilan ikan tahai di kampong air tersebut. Pengangkutan utama ke kampong air awat-awat ialah perahu (bot) untuk menyeberang sungai. Selain itu pelancong yang mempunyai hobi memancing juga boleh mencuba memancing udang galah di sungai lawas kerana sungai lawas juga terkenal dengan udang galahnya yang banyak.





nak tanya…dari sabah pegi sarawak by kenderaan darat kena lalu lawas kn??soalan sya perlu tak guna pasport or bole tak sya dapatkn pas masuk dari lawas???
Sabah > Lawas (Swk) >> Brunei >> Limbang (Swk) >> Brunei >> Miri (Swk)
Tanda > Tak Perlu Pasport
Tanda >> Perlu Guna Pasport
belum pernah sampai ke sarawak ikut jalan darat..memang ada plan nak ke sarawak naik kereta saja
arrizz dan entrinya..Ayam panggang dan KTM Komuter
aku memang suka tengok gambar kat sini
memang terbaik la, mus
tahniah
tehr dan entrinya..Lelaki Kacak Bersosial Dengan DiGi
Setuju. Cantik bebenor. Rasa nak ke sanalah pulak utk next vacation….insyaAllah =)
hafizmd dan entrinya..Wordless Wednesday #20 Kolek
wahh..gi lawas plak dia..
titan dan entrinya..Penangan DiGi WWWOW Awards 2012
haha.. masa cuti, biasalah..
Dah byk kali kawe rancang nak pi Lawas tapi asyik cancel jer. Cantik ehh tempat ni. Insya-allah ada chance pegi. Brp jam drive dari KK bro?
Dulu Lain Sekarang Lain dan entrinya..Euro 2012 – Here Are My Predictions
saya drive campur singgah .. dalam 5 jam.
kalau tak berehenti dan laju mungkin dalam 4 jam kot
Mustaffa Yasin dan entrinya..Panduan Keselamatan Tayar Kenderaan
udang galah?..mmg sesuai utk kaki pancing

Jebeng Otai™ dan entrinya..Menghargai Komentator Tegar
ya memang port baik tu..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Panduan Keselamatan Tayar Kenderaan
Tak pernah lagi pegi Lawas ni.. dulu masa sekolah ramai kawan2 aku berasal dari Lawas..
kulanz dan entrinya..Sekitar UEFA EURO 2012
bolehlah ke sana nanti jika ada kelapangan..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Panduan Keselamatan Tayar Kenderaan