
Bagi penumpang ke Bintulu, Kuala Terengganu, Johor Bahru & Brunei Kaunter Daftar Masuk tidak akan beroperasi lagi.
Mulai sekarang, Kaunter Daftar Masuk di LCCT Kuala Lumpur tidak akan dibuka lagi untuk penerbangan ke Bintulu, Kuala Terengganu, Johor Bahru (Senai) dan Brunei (Bandar Seri Begawan). Kami meminta kerjasama semua penumpang untuk menggunakan Daftar Masuk Web kami selepas tarikh ini.
Bagi penumpang yang memerlukan Daftar Masuk Bagasi, sila terus ke kaunter Peletakan Bagasi di S13, S14, S15, S25, S26 dan S27.
Jika tiada bagasi untuk didaftar masuk, sila terus ke Pintu Perlepasan selepas Daftar Masuk melalui Web.
Persoalan yang aku fikir,
Adakah semua orang pandai check-in di web?
tak pernah /ada pengalaman naik kapal terbang…macam ne nie?? alamak…
betul ke bro.. cubalah sekali.. tak payah jauh.. JB – KL ke..
ok okk…sangat mudah punnn….tp mb x ramai menggunakannya. heh..
bagi yang faham memang mudah..
pernah jugak buat web check in, memang mudah dan sempoi sangat
kalau yang buta it mungkin ada sedikit kesukaran..
betul jugak ek? bukan semua org pandai sgt nak check in thru the web kan?
itulah.. kalau yang pandai komputer tu mmg tak jadi masalah..
Pingback: AirAsia X looks to add two more Japan cities | Go Cheep Flights
huh!….. senang tapi FREE ka??? setahu sa web check-in ni kana bayar……..silap² taktik utk dapat income lebih ni…
itu tak tahu pulak aku bro..
rasanya mana ada yang mahu rugi..