Pengalaman PERTAMA Ke KLINIK 1Malaysia

24925 378155383230 568948230 3887700 4867949 n Pengalaman PERTAMA Ke KLINIK 1Malaysia

Kring… Kring.. telefon berbunyi!!

Panggilan dari isteri di rumah! Isteri memberitahu Mikail panas badan dan hidungnya berdarah.

Dengan pantas aku meminta kebenaran bos (dia pun kurang sihat) untuk balik ke rumah.

Dengan moto kapcai 100cc aku merempit kurang dari 30 minit.. Kebiasaan makan masa 45 minit dari pejabat ke rumah. Dalam fikiranku cuma nak bawa anak ke klinik.

Sampai di rumah, aku tanya berapa suhu badan Mikail kepada isteri..

“37.1 darjah celcius” jawab isteriku..

Nasib baik suhu badan dah turun. Sebelum tu 38.8 darjah celcius.

Aku pun bawa anak aku ke Klinik 1Malaysia di Sulaman Sentral. Asalnya nak bawak ke Unit Kecemasan di Hospital Likas.. tapi keadaan masih terkawal.

Update:

31032010073 Pengalaman PERTAMA Ke KLINIK 1Malaysia

pixel Pengalaman PERTAMA Ke KLINIK 1Malaysia

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Keluarga. Bookmark the permalink.

28 Responses to Pengalaman PERTAMA Ke KLINIK 1Malaysia

  1. juragan says:

    kalo aku mmg xkan pergi la klinik 1 malaysia ni..sebab utama kerana yg merawat tu pembantu perubatan jer..bg aku pembantu perubatan ni bukan la tahu seelok belok ilmu perubatan ni berbanding doktor perubatan..pembantu perubatan atau nama baru penolong pegawai perubatan atau nama kuno dressar ni sama jer dgn jururawat tu..latihan nya lebih kurang sama jer..dah la bukan yg pandai pon masuk latihan pembantu perubatan ni..tak mcm doktor..diorg ni mmg terpilih dan bijak..kerajaan salah dr segi ni..aku ni pon kakitangan kerajaan gak..tp aku mmg xmenyokong klinik 1 malaysia sbb bukan doktor yg handle klinik ni..aku lebih rela pegi klinik swasta tu drp g klinik 1 malaysia ni sbb kat sana ader doktor bertauliah berdaftar dgn lembaga perubatan..tak per bayar lebih ckit pon..sbb ni melibatkan kesihatan iaitu idup dan mati..penting tu

  2. oh yea ker caj rm1? saya xtahu pun tp mesti ramai org datangkan.. sekarang ni kalau sapa2 demam cepat2 g klinik :)

  3. ezani says:

    kalau anak demam 2-3 hari bawak ke klinik yang blh periksa darah manala tahu kut2 denggi

  4. ezani says:

    mana-mana klinik kerajaan pun bayar semua RM 1

  5. kakngah says:

    kalau ank demam, yg paling utama sekali kawal & turunkan suhu dia. suhu yg melampau blh bagi kesan kat otak. balut la anak dgn towel basah sementara nk g klnk tu…

  6. imran says:

    Klinik dengan bayaran RM1 memang menjadi tumpuan. Bagus dengan kewujudan klinik macam ni.

    p/s : Kalau beratur panjang, terus cabut g klinik swasta :D

    • Mustaffa Yasin says:

      @imran, hahaha..
      itulah kelebihannya.. cuma RM1.00
      Murah mmg jadi tumpuan orang ramai..
      memang menguji kesabaran…
      kalau sakit yang agak kuat, bagus ke klinik swasta..

  7. suri says:

    salam..
    bby demam kasihan dia,harap cepat2 sembuh dan ceria kembali..

    terima kasig sb selalu jeguk ke blog suri yang tak seberapa :)

    • Mustaffa Yasin says:

      @suri,
      Mikail demam, kami sekuarga pun turut ‘demam’ kerana menjaga anak yang tidak sihat..
      Mikail beransur sihat..

  8. amirulfaiz says:

    Apa bestnya Klinik 1 Malaysia dari klinik-klinik kerajaan yang lain, selain dari harga murah seringgit?

    • Mustaffa Yasin says:

      @amirulfaiz,
      ini pun kali pertama ke sana..
      perkhidmatanya adalah untuk kes-kes ringan sahaja..
      bestnya tak jugak kerana keadaan klinik tu agak tak selesa.
      Saya sekadar mencuba perkhidmatan di situ..

  9. anif says:

    Semoga Mikail cepat sembuh. Demam budak-budak ni, panasnya boleh datang dengan tiba-tiba. Kena monitor..walaupun dah diberi ubat.

    • Mustaffa Yasin says:

      Harap begitulah..
      betul tu..
      kena monitor.. harap dengan termometer untuk melihat suhu badannya..

  10. syin says:

    live blog ke ni…? hehehe…kontotnya entri dia..hahaha..
    ramai tak orang kat klinik satu malaysia? smart tak nurse dia? hahaha..

    • Mustaffa Yasin says:

      @syin, live blogging yang tak berapa live.. hihi..
      mana ada nurse..
      memang ramai.. cuma seringgit…

  11. ahmadyusrie says:

    bagus la dah ada klinik 1malaysia ni…
    bolehlah rakyat dapatkan bantuan perubatan yg sewajarnya
    kalau boleh diperbanyakkan lagi serata malaysia..

    • Mustaffa Yasin says:

      @ahmadyusrie, harap Klinik ini dilengkapi dengan peralatan yang lebih lengkap dan doktor..

  12. etomyam says:

    camne suasana klinik 1malaysia tu bro? ada apa2 perbezaan ketara dengan klinik2 lain ke?

    • Mustaffa Yasin says:

      @etomyam, aku dapat katakan.. kelengkapan paling MINIMUM..
      tiada doktor, cuma ada pembantu perubatan..
      hanya untuk kes-kes ringan sahaja..

  13. zik says:

    Semoga mikail segera sembuh… :-)

  14. Anwar Yassin says:

    Cuaca agak panas ke di sana ? Di Pahang, sungai agak kering. Sampaikan untuk ke tengah sungai tak perlu naik sampan atau perahun, cukup dengan jalan kaki je dah boleh seberang sungai pahang.

    • Mustaffa Yasin says:

      Memang panas bro.. hujan cuma sekejap.. tak cukup untuk menyejukkan bumi..
      Samapi begitu sekali sungai tu boleh diseberang tanpa perahu..

  15. hehe, mane gambar klinik tue nyer? tak nampak pun suasana klinik 1malaysia…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya