Pengalaman Menemani Isteri Bersalin

26966 382424563230 568948230 4003391 2147352 n Pengalaman Menemani Isteri Bersalin

Salam kawan-kawan semua,

Hari ini adalah hari ke 2 usia anak ke tiga aku. Semalam aku menjemput mereka dari hospital untuk dibawa balik ke rumah.

Seperti kelahiran anak sebelumnya, shift menjaga baby pun bermula.

Berbalik kepada tajuk.

Sebagai seorang anak, jika dia melihat penderitaan seorang ibu melahirkan anak, pasti anak itu akan menghargai pengorbanan ibunya..

Sebagai suami, lihatlah betapa tingginya pengorbanan isteri kerana bertarung nyawa untuk kelahiran zuriat penyambung keturunan kita.

Bagi aku, berkesempatan untuk menyaksikan dengan mata sendiri anak ketiga aku lahir, susah nak aku gambarkan perasaan aku ketika itu.

Tak terungkap kata-kata. Aku tergamam. Cuma tangan sahaja mengusap dahi isteri dan sesekali meminta isteri ikut apa yang diajar masa kursus Father Friendly.

2 kelahiran lepas aku kerugian kerana tidak berkesempatan melihat anak di lahirkan.

Sebenarnya aku fobia dengan darah. Aku kuatkan semangat untuk temankan isteri bersalin. Mungkin kerana situasi masa itu, rasa fobia itu hilang.

Melihat anak telah selamat lahir. Aku rasa bersyukur ke hadrat Illahi.

Pengalaman menemani isteri bersalin adalah pengalaman baru yang patut aku ulangi jika ada kelahiran anakku pada masa akan datang.

Anda yang bakal menimang cahayamata, temankanlah isteri bersalin! Bagi semangat kepadanya! Tapi sebelum tu, ikuti kursus Father Friendly!

Terima kasih Nur Fatihah Binti Chuan!

pixel Pengalaman Menemani Isteri Bersalin

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Fotografi, Keluarga and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

44 Responses to Pengalaman Menemani Isteri Bersalin

  1. WAN says:

    thanks kongsi pengalaman.. emm boleh bg tahu ape itu : FATHER FRIENDLY:

  2. Reti Wulandari says:

    Tahniah dengan kelahiran anak ke-3 ya…
    Minta maaf bahasa melayu saya kurang pandai.
    Ada beberapa pertanyaan mengena dengan post tuan ni. Apa lah itu Father Friendly macam mana nak ikut program tu? Bila nak melahirkan kat hospital likas, ada kah qta perlu book dia punya wad? Siapa2 yg sebaiknya qta hubungi kat hospital tu.
    Boleh lah kiranya berbagi informasi dengan saya, saya ni bkn org tempatan, tp tinggal kat menggatal. Suami kerja dengan kerajaan. Due Date lg bulan June. Jd nak buat apa2 cadangan lah. Klo boleh ber-email dengan saya di retnowulandarisiti@gmail.com. Terima Kasih.

  3. qalish says:

    saya pun ada juga pengalaman berharga ni…
    qalish dan entrinya..Pengalaman Menemani Isteri Bersalin Part 1My Profile

  4. wani says:

    comel sgt2 bby mustaffa……….taniah,

  5. DaHLia says:

    mg respect laaa suami yang menemani isteri dia smasa bersalin :)

  6. Patrick says:

    waaa…. best.. insyallah lepas ni aku pulak. owh tak sabar weh… walau apapon tetap bersyukurrr~

  7. kakngah says:

    tahniah atas kelahiran cahaya mata yg ke 3. juga tahniah memberanikan diri menemani isteri melahirkan. tak semua kaum suami berani tau…

  8. Kreuger says:

    waaa…. best.. insyallah lepas ni aku pulak. owh tak sabar weh… walau apapon tetap bersyukurrr~

    • Mustaffa Yasin says:

      @Kreuger,
      pastikan temankan isteri di dewan bersalin.
      bagi semangat dan kata-kata perangsang!

  9. yoy says:

    Tahniah bro,
    aku belum pernah lagi pengalaman sambut anak sendiri..
    kawen pun belum..hehe gatal lak rasa..:)

  10. Azizuan says:

    chuak lak nak kawen..haha

  11. azhie says:

    mesti bila tengok isteri sakit nak melahirkan rase sayang yang teramat bila melihat wajah isteri..betoi tak??hehe

  12. 911 says:

    Tahniah Mus! Best ada baby nih.

  13. TMUkmkd says:

    wow… baby~ mesti ada rasa cuak kan :)
    tapi lepas tu legaaa~

    • Mustaffa Yasin says:

      @TMUkmkd,
      sebenarnya saya takut darah..
      tapi tak tahulah.. semua perasaan cuak/takut hilang bila melihat kelahiran anak..

  14. KNizam says:

    pengalaman yang paling berharga seorang bapa ni.

  15. hanc says:

    salam bro… tahniah waaaaaa.. lama hanc tak muncul ek….. rinduuu sis sekali.. kirim salam ar….

  16. zaza says:

    salam.. Tahniah dgn kelahiran anak baru..
    Segala Pengorbanan isteri harus lebih dihargai…
    Kirim salam sayang kepada isteri dan anak2…
    Tahniah.

  17. imran says:

    Saya berpeluang menemani isteri melahirkan anak yang sulung sahaja. Yang kedua tak sempat kerana sedang belajar. Yang ketiga pula jururawat hampas. Dah bersalin baru cakap. huhu

  18. liza says:

    bestnya dpt tgk sndri baby lahir, walaupun takut dgn darah..
    mcm daku ni tak tahu la hubby ada ke tak waktu bersalin anak pertama nanti..sedang menunggu hari je ni..

  19. memang besar pengorbanan isteri semasa bersalin. Sy sendiri tak berkesempatan nak temankan isteri bersalin sbb isteri bersalin secara pembedahan. Ni pengalaman sy:

    http://www.teralogies.com/v1/pengalaman-di-hospital-selayang

  20. etomyam says:

    pengalaman dapat lihat sendiri kepala baby keluar dari rahim ibunya sungguh menakjubkan bro….tak terkata…btw tahniah dan semoga makin murah rezeki

  21. Alhamdulillah.. selamat bersalin :)
    semoga anak itu menjadi anak yang solehah

  22. nOj says:

    ni ke baby nye? comel nye. geram tgk baby baru lahir. tgk pengorbanan isteri yg melahirkan mmg syahdu kan. apetah lg bile diri sendiri yg merasai sakit nk bersalin tu, pastu anak balas ngan mcm2 mende… huhuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya