The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Pelangi Petang Di Kampung Bira-Biraan, Kota Belud

Kota Belud 3-12-2013 (1)

LAPISAN TUJUH WARNA – Indahnya suasana petang tadi semasa saya berada di Kampung Bira-Biraan yang terletak di Daerah Kota Belud, Sabah. Saya ke sana atas urusan kerja. Beberapa ekor kuda meragut rumput dan deruan ombak di pantai membuatkan saya berhenti sejenak untuk merakamkan beberapa keping gambar dengan kamera Samsung Galaxy yang saya bawa.

Ini kali kedua saya ke Kampung Bira-Biraan. Kampung ini berada di dalam Mukim Kulambai dan Dewan Undangan Negeri N.8 Usukan. Beberapa kampung lain sekitarnya adalah  Kuala Abai, Suang Punggor, Tanjung Batu, Buah Pandai, Kulambai Dundau, Kulambai, Kulambai Kupang, Pulau Mantanani dan Suang Kina.

Kampung ini berpotensi untuk dimajukan untuk industri pelancongan memandangkan pantainya yang putih bersih.

3 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam