Indahnya Pelangi Petang

pelangi Indahnya Pelangi Petang

2 PELANGI – Secara kebetulan dan sekali dalam seumur hidup melihat dua pelangi di keperangan langit petang. Jam menunjukkan jam 5.45 petang dan aku dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri (out-station Pilihan Raya Sarawak bulan lepas). Sayangnya tiada kesempatan merakam keindahan pelangi petang ini dengan kamera DSLR. Aku cuma sempat merakamkan detik istimewa dengan kamera kompak sahaja.

Info Mengenai Pelangi

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warna pelangi ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Bagaimana Pelangi Terbentuk?

pembiasan pelangi Indahnya Pelangi Petang

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu “terlindung” oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

7 Warna Pelangi

Merah: . Jingga: .  Kuning: .  Hijau: .  Biru: .  Indigo/Nila : .  Ungu: .

Dulu sering mengingat dengan membuat ayat seperti berikut

Mak Jijah Ke Hutan Bawa Nasi Ulam

Mitos

Dulu orang-orang tua pernah berkata, jika tuding jari ke pelangi, maka  jari akan kudung. Betul ke atau sahaja nak dibuat cerita?

 

Rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Rainbow

pixel Indahnya Pelangi Petang

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Fotografi and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

26 Responses to Indahnya Pelangi Petang

  1. akubiomed says:

    Dulu guna rendah cermin separuh didalam bekas untuk mendapat kesan pelangi

  2. Khidhir says:

    indahnya ciptaan tuhan..
    Khidhir dan entrinya..Elakkan Account Facebook Anda Daripada DicerobohMy Profile

  3. tehr says:

    pernah juga ketika main sembur2 air
    terjadi pelangi
    apa lagi, seronok la geng kita
    hehe
    tehr dan entrinya..Semua jadi SatuMy Profile

  4. Ismail N says:

    Mmg cantik bro. Kawe pun teringin nak ambik gambo pelangi.. tetapi selalu terserempak time driving jer .. leceh :D
    Ismail N dan entrinya..Kereta Mainan RoqMy Profile

  5. yas says:

    Cantik pic tu…bab2 kudung jari muhung je kot…tp sapa tau sbb apa org dulu2 kata mcm tu?
    yas dan entrinya..Osama Bin Laden terbunuh dalam serangan USMy Profile

  6. dnoBiz says:

    ada yang hanya sekadar memandang kecantikan pelangi, tapi ramai juga yang menyedari kehebatan pencipta pelangi itu….
    kekadang rasa rugi bila tak sempat rakam suasana macam ni..
    dnoBiz dan entrinya..Insurans Kenderaan – Berita Baik untuk pemilik kenderaan lamaMy Profile

  7. zik says:

    cantiklah pelangi… lagi suka time lepas hujan… tunjuk jari jap… ahh tolong jari kudung (tipu jer)
    zik dan entrinya..Ron 97 naik lagi 20 sen- berkuatkuasa 5 mei 2011!!My Profile

  8. MDHAFiZ.NET says:

    ucaplah subhanallah… :)

  9. anif says:

    Cantik gambar tu.. :)
    anif dan entrinya..Selepas 10 Tahun 1My Profile

  10. Hisyam says:

    Dah lama tak tengok pelangi.
    Hisyam dan entrinya..Pekerja Fikir Dan Tak FikirMy Profile

  11. maza says:

    Pelangi Petang?! hmm.. mcam tajuk lagu Sudirman Hj. Arshad jerk?

    hehehe

    tapi apa2hal pun, memang cantik bro!.. huhuhu
    maza dan entrinya..Garden of Eden- Kontes sudah tutup daaaMy Profile

  12. suri says:

    indahnya pelangi itu, rasa nak je saya capai..tapi cam jauh heee..

    sekli baca isi dlm entri ni cam masukdlm makmal sains plk heee

  13. suri says:

    haa..kata2 tu mash sy ingat waktu saya sek rendah lagi…

    rasanya itu hanya mitos jer bro hee…pasal apa budak2 dulu kan nakal skit heeee…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya