The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Pejabat Pos Gunung Kinabalu, Pejabat Pos Tertinggi Di Asia Tenggara

Peti Pos Laban Rata Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu sekali lagi akan dimasukkan di dalam ‘The Malaysia Book of Records’ selain gunung yang tertinggi di Malaysia, pada 14 Februari 2015 nanti akan dibuka pula sebuah Pejabat Pos Gunung Kinabalu di Laban Rata yang berketinggian 11,000 kaki dari aras laut.

Satu lagi tarikan pelancongan di negeri Sabah yang bakal menjadi buah mulut seluruh dunia.

Menurut perkongsian gambar di halaman Facebook North Borneo Philately, kelihatan ‘porter’ mengangkat peti pos tersebut ke Laban Rata.

Mungkin agak pelik bagi kita. Namun, ia satu kemudahan kepada para pendaki Gunung Kinabalu mengirimkan poskad/surat dari pejabat pos di gunung tertinggi ini.

Ianya Unik!

Porter Laban Rata Gunung Kinabalu

Sumber & Kredit: Facebook North Borneo Philately

3 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam