The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Merakam Gelagat Manusia Di Pasar Tamu Tuaran, Sabah

Seperti biasa, hujung minggu dimulakan dengan ke Pasar Tamu Tuaran. Destinasi terdekat dan banyak pilihan untuk membeli barangan dapur. Ianya dekat dengan kediaman kami.

Pasar Tamu Tuaran, Sabah

Nenek – 1/2000| ƒ/2 | ISO 200 | 35mm | LR+PS

Seronok melihat gelagat pengunjung dan penjaja di sana tadi. Kemeriahan jelas terasa seperti menjelang sambutan Krismas hujung tahun lepas. Jalan pula sesak dan dtambah dengan cuaca yang agak panas.

Kecewa dengan segelintir pengunjung yang mementingkan diri dengan memakir kenderaan sesuka hati. Seterusnya menyebabkan kesesakan yang tidak sepatutnya berlaku.

Harga Buah-Buahan Sangat Murah Di Pasar Tamu Tuaran.

Proses melelong buah-buahan juga memeriahkan keadaan. Jelas berbeza harga buah-buahan sekarang. Dulu rambutan RM5/kg dijual RM2/kg (harga berbeza mengikut penjaja), begitu juga dengan harga buah cempedak, buah bambangan dan beberapa buah yang lain. Harga sayur-sayuran pula masih seperti biasa.

Pasar Tamu Tuaran, Sabah

Buah Bambangan – 1/1200| ƒ/1.8 | ISO 200 | 35mm

Pada masa ini penjualan ikan agak kurang di Pasar Tamu Pekan Tuaran. Harga ikan memang naik sedikit sekarang. Saya memang mengurangkan makan ikan sekarang, jadi ikan bukan pilihan buat masa ini. Kebetulan terbaca di akhbar tempatan tadi ada dua kematian akibat fenomena air merah.

Gelagat Manusia Di Pasar Tamu Tuaran

Pasar Tamu Tuaran, Sabah

Babuk – 1/1250| ƒ/1.8 | ISO 200 | 35mm

Pasar Tamu Tuaran, Sabah

Amoi – 1/800| ƒ/2 | ISO 200 | 35mm

Pasar Tamu Tuaran, Sabah

Hello – 1/5000| ƒ/2 | ISO 200 | 35mm

Pasar Tamu Tuaran, Sabah

KFC- 1/1250| ƒ/2.2 | ISO 200 | 35mm

27 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam