Jom Tengok! Paragliding Accuracy World Cup Sabah 2012
Sabah memang banyak menghidangkan destinasi sukan lasak yang menarik untuk disertai. Bagi sesiapa yang belum ada rancangan pada 15 hingga 19 Mac 2012 nanti, bolehlah menyaksikan kejohanan (bukannya menyertai acara) ketepatan paragliding di Bukit Lohan, Ranau, Sabah. Seperti sedia maklum, lokasi acara ini memang berhampiran dengan Kolam Air Panas Poring dan amat sesuai jika terus untuk bermandi-manda di sana.
Kejohanan ini terbahagi kepada kategori individu dan berpasukan. Beberapa penerbangan boleh dibuat dalam sehari bergantung kepada keadaan cuaca. Jika cuaca baik, persaingan boleh bermula pada awal pagi dan berterusan sehingga matahari terbenam.
Kriteria Penghakiman Paragliding Accuracy World Cup Sabah 2012
- Pemenang mempunyai skor terendah dalam Ketepatan.
- Peserta mesti mendarat di atas kaki mereka dan tinggal di kaki mereka.
- Jika peserta jatuh sebelum sayap atas landasan, dia akan dihukum dan menerima skor maksimum.
- Jika peserta mendekati sasaran secara berbahaya, tegun sayap, berputar atau melaksanakan mana-mana gerakan aerobatic berhampiran dengan bumi, satu sistem penalti dilaksanakan (amaran, skor maksimum, hilang kelayakan).
Sesiapa yang berminat menyaksikan kejohanan ini boleh menghubungi talian 088 272933 atau emel ke nick@asehtours.com atau melawati laman facebook Paragliding Accuracy World Cup Sabah 2012 atau Paragliding Malaysia.
Kredit Gambar: http://blog.flickr.net/




about 1 month ago
ade juga competition paragliding ni..menarik

Jebeng Otai™ dan entrinya..Mobile Photography
about 1 month ago
Always good to see Sabah in the news …for all the right reasons. Btw, is that photo really Lohan Hill?
Adrian Lee dan entrinya..Map Of Sabah
about 1 month ago
Hi Andrian, that photo not taken at Lohan Hill.. Thank you for your respond.
pada 2 bulan lepas
betul² di kampung saya!…. world cup tu~
alyrds dan entrinya..My Top Post
pada 2 bulan lepas
suatu hari nanti mau juga rasai pengalaman macam ni
kulanz dan entrinya..Bantuan OKU Diberhentikan kerana Fahaman Politik?
pada 2 bulan lepas
Idam hendak melakukan bunjee jumping.

akubiomed dan entrinya..Perasaan pertama kali menjadi Babah
pada 2 bulan lepas
Assalam…
teringin nak rasa naik benda tu sejak dulu lagi tapi tak tercapai impian tu…
iza dan entrinya..Karamel Sagu.
pada 2 bulan lepas
dah lama tak buat kerja gila macam ni. hehe..
titan dan entrinya..Cara mudah untuk lepas Innity
pada 2 bulan lepas
Huyooo.best yer kalau dpt tgk.
BudakSerius dan entrinya..Top 10 Blogger Famous Di Asia
pada 2 bulan lepas
naik banana boat pun maza ngeri, inikan pula nak main bendalah itu.. ahaks.. lalalala
maza dan entrinya..Jaki Jipang menunggang Yamaha RX-S
pada 2 bulan lepas
Hola broooo!!!! senang nya sini.. semua update Sabah.. siuk nyaaaa, walaupun ndak dapat join la,~~~ Thanks ar bro~
hanc dan entrinya..Selamat Hari jadi
pada 2 bulan lepas
Acara menarik ni. Tentu ramai peserta luar negara menyertainya.
anif dan entrinya..Earth Hour 2012 – Mari Sokong Kempen Ini