The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Berkelah Di Pantai Seri Kenangan, Kampung Shabandar, Tuaran

MUS_1663

Semalam kami sekeluarga ke Pantai Tanjung Aru untuk menikmati minum petang bersama bapa mertua saya yang transit di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Cuma ada 3 jam sahaja untuk bersama. Pantai Tanjung Aru tempat paling dekat dan terbaik kerana takut terlepas penerbangan ke Sibu jika jalan sesak.

Selepas bapa mertua berlepas, kami singgah sebentar di Perdana Park menyaksikan pancutan air berirama. Namun, hujan yang datang tiba-tiba membantutkan kami untuk bersantai di sana. Saya sempat juga membuat video timelapse pancutan air berirama di sana. Klip tersebut di sini.

Anak-anak kecewa kerana tidak dapat bermain dengan sepuasnya. Maka, mereka meminta saya membawa mereka ke pantai semula keesokkan harinya (hari ini). Hari ini saya ambil keputusan membawa mereka di Pantai Seri Kenangan, Kampung Shabandar yang terletak di Tuaran.

Saya agak keliru dengan ejaan nama kampung ini kerana terdapat beberapa versi. Antaranya adalah Shahbandar, Sabandar dan Syahbandar. Tidak kisahlah apa ejaannya, pantai di sini memang menarik kerana pengunjung yang tidak ramai (tadi) dan privasi tidak terganggu.

Bagi yang kali pertama hendak ke Pantai Seri Kenangan ini, jadikan Padang Lumba Kuda Tambalang sebagai panduan. Jika anda menjumpai padang lumba kuda ini, anda sudah hampir dengan pantai tersebut. Tidak jauh dari sini juga terdapat sebuah resort iaitu Shabandar Resort Tuaran.

Seronok juga melayan karenah anak-anak bermain pasir. Pantainya cantik, pasirnya putih dan deruan ombak cukup menenangkan. Rasa nak terlelap mata dibuatnya.

Di sini terdapat gerai menjual air minuman dan makanan. Jika anda ingin mengunggang kuda, ianya juga ada di sini. Kami akan berkelah lagi ke sini dalam masa terdekat.

Gambar Semasa Berkelah Di Pantai Seri Kenangan, Shabandar, Tuaran.

MUS_1673

MUS_1664

MUS_1701

MUS_1704

MUS_1707

MUS_1718

MUS_1729

MUS_1679

Gambar lain ada di Flickr saya.

Video Timelapse Semasa Berkelah

22 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam