The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Info Bunga Pakma atau Rafflesia Yang Ada Di Sabah

Gambar Bunga Rafflesia Pakma

Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka.

Bunga Pakma menjadi kebanggaan rakyat Sabah di Malaysia sehingga menjadi logo penting beberapa jabatan kerajaan dan syarikat swasta.

Hutan Simpan Rafflesia yang meliputi kawasan seluas 356 ha daerah Tambunan, Sabah, Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1984 oleh Jabatan Perhutanan Sabah bagi melindungi bunga Rafflesia yang terdapat di kawasan itu.

Ciri-ciri Bunga Pakma/Rafflesia.

Rafflesia  ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.

Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain.

Selalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.

Bau Busuk Bunga Pakma.

Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.

Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.

Spesis Pakma;

  • Rafflesia arnoldii
  • Rafflesia cantleyi
  • Rafflesia gadutensis
  • Rafflesia hasseltii
  • Rafflesia keithii
  • Rafflesia kerrii
  • Rafflesia manillana
  • Rafflesia micropylora
  • Rafflesia pakma
  • Rafflesia pricei
  • Rafflesia rochussenii
  • Rafflesia schadenbergiana
  • Rafflesia speciosa
  • Rafflesia tengku-adlinii
  • Rafflesia tuan-mudae

 

Kredit Gambar : My Shot Gallery of Bengkulu

Carian Yang Berkaitan:

2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam