PADI Discover Scuba Diving Di Pulau Mamutik, Sabah

PADI Discover Scuba Diving Di Pulau Mamutik Sabah PADI Discover Scuba Diving Di Pulau Mamutik, Sabah

Semalam saya berpeluang untuk menyertai rakan-rakan membuat ‘selaman pertama’ saya melalui program PADI Discover Scuba Diving di Pulau Mamutik, Sabah.

Kami diajar secara asas penggunaan peralatan selaman dan asas menyelam. Ini adalah kali pertama saya menggunakan peralatan selaman.

Antara asas selaman yang diajar oleh Divemaster adalah;

  • Konsep apungan badan dalam air.
  • Teknik menggunakan pernafasan.
  • Teknik membuang air dalam goggle ‘di dalam air’.
  • Teknik mengimbangkan badan di dalam air.
  • Isyarat Tangan
  • Mengurangkan tekanan pada telinga (selaman semakin dalam)
  • dan beberapa lagi yang lain

Kursus asas ini mengambil masa hampir satu hari. Kami mengambil pakej termasuk pengangkutan ke pulau, makan-minum, penerangan ringkas asas selaman, 2 kali sesi selaman, dan sewa peralatan. Kos pakej melalui Borneo Divers Training Institute lebih murah iaitu RM200 seorang berbanding yang ditawarkan oleh beberapa agensi lain mencecah RM300 ke atas.

Saya berbekalkan kamera Nikon Coolpix AW100 yang boleh dibawa menyelam pada kedalaman 10meter sahaja. Cukuplah setakat ini untuk merakam gambar sebagai kenangan menyelam kali pertama. Ada rezeki lebih nanti, bolehlah dapatkan set GoPro atau ISAW A3. Insyaallah..

Semasa melakukan selaman pertama, saya agak janggal bernafas cuma dengan mulut sahaja. Setelah beberapa kali mencuba, barulah semuanya berjalan lancar. Divemaster juga baik dan suka memberi tunjuk ajar. Dengan bilangan peserta yang sedikit, maka lebih mudah untuk faham dan rasa lebih selamat semasa menyelam.

Pengalaman lucu adalah termuntah di dalam laut kerana terminum air masin laut dan sedikit sebanyak ia menggambarkan kita perlu bersedia sebelum menyelam.

Persediaan yang saya maksudkan secara ringkasnya adalah rehat/tidur yang cukup, ada stamina dan sarapan pagi yang tidak terlalu kenyang dan minum terlalu banyak air.

Jika diberikan kesempatan lagi, saya akan meneruskan aktiviti ini sehingga mendapatkan lesen selaman melalui PADI Open Water Diver Course.

Antara kursus yang ditawarkan oleh Borneo Divers adalah;

Gambar Semasa Di Borneo Divers Training Institute, Pulau Mamutik.

13718516023 fe787b895a c PADI Discover Scuba Diving Di Pulau Mamutik, Sabah

13718528563 f759a550f7 c PADI Discover Scuba Diving Di Pulau Mamutik, Sabah

13718550083 d80de23c62 c PADI Discover Scuba Diving Di Pulau Mamutik, Sabah

13718576283 8ecd6bafe8 c PADI Discover Scuba Diving Di Pulau Mamutik, Sabah

13718973844 fef71d1e77 c PADI Discover Scuba Diving Di Pulau Mamutik, Sabah

13718609125 8ea1474a40 c PADI Discover Scuba Diving Di Pulau Mamutik, Sabah

13718697355 1511a5c99e c PADI Discover Scuba Diving Di Pulau Mamutik, Sabah

13718813103 9c710db6a5 c PADI Discover Scuba Diving Di Pulau Mamutik, Sabah

13718829985 74e8cc0117 c PADI Discover Scuba Diving Di Pulau Mamutik, Sabah

13718682343 ff52951d54 c PADI Discover Scuba Diving Di Pulau Mamutik, Sabah

 Blog Berkaitan: PADI Discover Scuba Diving Di Pulau Mamutik, Sabah | Gambar Flickr : Scuba Diving

Carian Yang Berkaitan:

14 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge