‘Orang Rumahku’ Gadis Iban Sarawak!

Salam Jumaat!

Faham tak maksud lirik lagu kat atas tu? Itu adalah bahasa Iban.

Aku nak bercerita mengenai ‘Orang Rumah’ aku. Dia berbangsa Iban. Pasti ada terdengar pasal gadis-gadis Sarawak cantik-cantik belaka. Memang tak dapat dinafikan. Mana taknya, aku pun terpaut pada mereka. Entri ini tak bermaksud memperkecilkan gadis bangsa lain. Masing-masing ada kelebihan sendiri. Cuma fokus aku kali ini kepada ‘Indu Dara’ bangsa Iban.

“Dari mata turun ke hati”

Itulah kata-kata hikmah yang memberikan seribu makna dalam perhubungan kami. Dari asalnya pandang-pandang sahaja, akhirnya kami berkahwin. Perbezaan agama, bangsa dan adat kepercayaan memang banyak. Pastinya, dari segi makan dan minum adalah cabaran utama untuk menyesuaikan diri bila bersama keluarga isteri. Syukurlah, aku berjaya menyesuaikan diri. Aku berjaya memberitahu mana yang boleh dan mana yang tak boleh dengan bantuan isteriku.

Sebagai saudara baru, banyak ilmu kena diajar kepada isteri. Sebagai ketua dan pemimpin keluarga, kenalah banyak ilmu di dada. Memang kena banyak membaca dan bertanya kepada yang pakar.

Aku gembira dengan hubungan kami sekarang. Keluarga aku dan keluarga isteriku amat akrab sekali. Kami saling kunjung-mengunjungi semasa musim perayaan. Harapanku agar hubungan akrab ini kekal selamanya.

Kaum Iban

Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mareka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama kristian sebangai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.[Sarawak mempunyai 112 jenis suku dayak]

Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Iban

Carian Yang Berkaitan:

21 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge