The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Ooha Chill Donut Boat Ride Tarikan Baru Di Tebingan Kuching, Sarawak

Tebingan Kuching Sarawak yang lebih dikenali dengan nama Kuching Waterfront” antara lokasi wajib dikunjungi jika bercuti ke Sarawak. Tarikan utamanya sudah tentulah Perahu Tambang dan Sarawak River Cruise.

Destinasi ini kini akan ditambah lagi dengan dua tarikan baru iaitu Jambatan Emas atau “The Golden Bridge” yang masih dalam pembinaan dan satu lagi pula adalah Ooha Chill Donut (Donut Boat Ride).

Majlis ‘soft lunching’ perkhidmatan Ooha Donut Boat Ride dilakukan pada minggu lepas oleh Datuk Mohd Naroden Majais, Pembantu Menteri Pembangunan Usahawan Sarawak.

Perkhidmatan ini dioperasikan oleh Sanjung Inspirasi Sdn Bhd sepenuhnya dengan 6 unit bot berbentuk donut berbumbung ketika ini.

Konsep“Donut Boat Ride” dikatakan diinspirasikan dari China dan  merupakan satu cetusan idea bagi merancakkan lagi kemudahan orang ramai untuk berekreasi di Tebingan Kuching selain daripada perahu tambang yang menjadi ikon Tebingan Kuching berabad lamanya.

Donut Boat Ride, Kuching Waterfront (1)

Donut Boat Ride, Kuching Waterfront (2)

Donut Boat Ride, Kuching Waterfront (3)

“Donut Boat Ride” yang dimiliki oleh Sarawak sekarang adalah setaraf dengan kemudahan yang diberikan di Negara-negara yang terkenal dengan industri pelancongannya seperti di Dubai, Brazil, China dan banyak lagi.

Promosi Terkini Ooha Chill Donut

Promosi Ooha Donut Boat Ride, Kuching Waterfront, Sarawak

Ooha Chill Donut (Donut Boat Kuching)

Phone: 082-252 131
Facebook: https://www.facebook.com/oohachilldonut
Booking: http://system.outled.my/ooha/
Instagram: http://instagram.com/oohachilldonut

Hours
Mon-Fri:
10:00 am – 10:00 pm
Sat-Sun:
2:00 pm – 10:00 pm

 

Berita Berkaitan: Donut boat rides to become next tourism attraction on Sarawak River

 

Carian Yang Berkaitan:

5 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam