DSC 8208

Pulau Gaya!

Kali ini nak berkongsi dengan pembaca sekalian pengalaman pertama kali ke Pulau Gaya. Aku ke sana pada bulan lepas. Memang tak terfikir untuk menyeberang laut dengan bot ke Pulau Gaya. Untung pun ada juga kerana jika tak ada sebab yang kuat, mungkin tak fikir untuk ke sana. Dengan alasan kerja, aku dan rakan sekerja ke sana. Pada hari tu, kami membuat siasatan tapak Projek Ameniti Sosial (PAMS) KKLW.

Soal keselamatan memang dititikberatkan. Pihak Marin membuat sekatan di laluan ke pulau tersebut. Jangan fikir kat jalan raya saja ada ‘roadblock’. Kat laut pun ada…

DSC 8127

Bekerja dan melancong dikombinasikan pada hari tu. Indahnya Pulau Gaya!!

Lokasi 1 – SMK Pulau Gaya dan SK Pulau Gaya

Aku jejakkan kaki dengan penuh rasa teruja! Teruja kerana keadaan persekitaran yang cukup indah dan menenangkan fikiran. Tambahan ini adalah ‘sekolah atas air’ pertama yang aku pernah lihat. Sekolah Terapung yang Berkonsepkan Resort!. Selepas itu, ke sekolah bersebelahannya iaitu SK Pulau Gaya.

Terima kasih atas pertolongan pihak sekolah terutamanya Pengetua En. Che Rose Bin Bakar. Gambar lain persekitaran sekolah boleh dilihat di sini.

DSC 8158 jeti smk pulau gaya DSC 8153

Kemudian, kami berjalan kaki melintasi denai menuju ke Kg. Kasuapan. Kampung ini berhampiran dengan sekolah tadi. Jaraknya adalah hisapan sebatang rokok.. (aku pun kurang pasti). Hahaha… Sejuk mata memandang, kicauan burung dan kehijauan hutan membuatkan perjalanan ke Kg. Kasuapan tak terasa jauhnya.

DSC 8193 DSC 8191 DSC 8195

Lokasi 2 – Kampung Kasuapan, Pulau Gaya

Perkampungan nelayan ini didiami penduduk yang majoritinya berbangsa Iranun, Ubian, Suluk dan Filipina (menurut orang kampung tersebut). Penduduknya yang ramah.

DSC 8200DSC 8217 DSC 8201

Selepas itu, kami kembali semula ke Kota Kinabalu dengan bot yang sama. * RM 15.00/bot

DSC 8222 DSC 8237 DSC 8225

Memang berbaloi-baloi pengalaman hari itu.

Kredit / Rujukan:

Bangsa Iranunhttp://www.websabah.net/bincang-borneo/1372-asal-usul-iranun.html

Pulau Gayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Gaya

SMK Pulau Gaya – http://www.sabah.edu.my/smkpgaya/gambar_persekitaran_smk_pulau_ga.htm

Taman Laut Tunku Abdul Rahman – http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=tunku

Related Posts with Thumbnails