The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

North Borneo Biostation Resort, Kudat

North Borneo Biostation Resort, Kudat dibina pada keluasan 7 ekar tanah pinggir laut terpencil berhampiran dengan hujung utara Borneo Malaysia (Kampung Bak-Bak) yang dimiliki oleh seorang saintis dari Rusia;

  • Alexander –  Professor, Dr. Sci. in Mathematics and Computational Hydrodynamics
  • Liudmila Frank – Dr. Sci. in Biochemistry and Biotechnology

Kawasan ini adalah benar-benar cantik, menghadap Laut Sulu dan dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa sawit dan hutan tropika.

Perairan Laut Sulu dengan suhu panas sekitar 29-30 darjah celcius yang membolehkan untuk berenang atau bersnorkel berjam-jam kerana terdapat terumbu karang yang menarik kira-kira 200m dari panai.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di North Borneo Biostation Resort adalah seperti;

  • Berkayak
  • Snorkeling
  • Menyelam
  • Memancing
  • Berbasikal
  • Meredah Hutan

Terdapat sebuah Biostation dibangunkan dan menyediakan kelengkapan makmal kajian untuk kajian biodiversiti dan ekosistem di sana.

Penginapan di North Borneo Biostation Resort , Kudat

Resort ini menyediakan 20 unit chalet kayu yang dibina bercirikan Indonesia. Kelengkapan yang disediakan pula adalah seperti;

  • Katil ‘king size’ (atau 2 ‘super single’)
  • Penyaman udara
  • Mandian panas
  • 2 bangku dan meja
  • Peti sejuk (mini)
  • Ruang sidai pakaian
  • Katil tambahan (atas permintaan)

Kadar semasa adalah bawah RM200 semalam.

Tempahan bilik boleh dibuat di sini

Gambar North Borneo Biostation Resort , Kudat

North Borneo Biostation Resort , Kudat North Borneo Biostation Resort , Kudat North Borneo Biostation Resort , Kudat North Borneo Biostation Resort , Kudat North Borneo Biostation Resort , Kudat North Borneo Biostation Resort , Kudat North Borneo Biostation Resort , Kudat North Borneo Biostation Resort , Kudat North Borneo Biostation Resort , Kudat North Borneo Biostation Resort , Kudat

Peta

North Borneo Biostation, Kg. Bak Bak, mile7, 89050, Kudat, Sabah, Malaysia
Mobile. +60108037310
info@borneobiostation.com

Tempahan bilik boleh dibuat di sini

Pilihan Lain Hotel Di Kudat

10 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam