The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Nikon D7000 Bergabung Dengan Nikon D60

Nikon D7000 Akhirnya Dimiliki.

Nikon D7000 Vs Nikon D60

Nikon D7000 Vs Nikon D60 – Kredit – oleh  thunder2ck

Syukur, Alhamdulillah.. Akhirnya semalam ‘gear’ idaman  Nikon D7000 dengan rasminya dimiliki walaupun hanya ‘body’ sahaja. Sudah lama mengidamkan kamera dslr ini. Kalau nak merasa set lengkap ‘body’ dan ‘lens’ memang tak mampu kerana bajet adalah terhad. Biasanya set lengkap kamera ini ada didatangkan sekali dengan lens AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR.

‘Body’ kamera ini akan digabungkan dengan ‘Prime Lens’ AF-S Nikkor 35mm 1:1.8G, ‘Telephoto Lens’ AF-S Nikkor 55mm-300mm 1:4.5-5.6 GED dan’ Kit Lens’ AF-S Nikkor 18mm-55mm 1:3.5-5.6G. Pada masa akan datang saya berharap akan dapat memiliki lens AF-S DX NIKKOR 18-200mm f/3.5-5.6G ED VR II.

Nikon D60 yang saya miliki sejak tahun 2009 banyak memberi jasa kepada saya. Asas kamera DSLR memang senang untuk dikuasai dengan kamera Nikon D60 itu.

Sekarang, fasa baru dengan kamera dan lensa baru. Maka banyak lagi ilmu fotografi yang perlu dikuasai. Fotografi ini bukan sekadar hobi sahaja, saya bercita-cita untuk memiliki studio sendiri pada masa hadapan.

Agak lama juga menyimpan duit untuk kamera baru ini. Berbaloi juga menunggu.

Gambar Dari Nikon D7000 (edited)

PBR Mengkabong | Daerah TuaranPBR Mengkabong | Daerah Tuaran

30 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam