The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Jom Ke Acara ‘Night Safari’ Di Muzium Sabah

Muzium Sabah

“Night safari” di Muzium Sabah adalah satu program khusus yang disediakan bagi memberi peluang kepada orang ramai, terutama remaja (dalam lingkungan umur 13 hingga 17 tahun), melalui pengalaman hidup yang biasa dialami oleh remaja-remaja suatu ketika dulu.

Pemodenan yang kita lalui masa kini membawa kepada bentuk kehidupan serba mewah. Pelbagai alat dan kelengkapan hidup senang diperolehi dan remaja-remaja masa kini tidak pernah tahu bagaimana agaknya kehidupan remaja terdahulu.

Sebelum pembangunan menyerlah, khasnya bekalan tenaga elektrik dengan kemudahan televesyen, kawasan perkampungan biasanya dalam keadaan gelap dan sunyi pada waktu malam dan kadangkala hanya bergantung kepada cahaya bulan.

Perjalananan ke rumah jiran pada waktu malam gelap gulita, contohnya, memberi seribu satu macam pengalaman yang sangat mencabar. Kadang kala melalui tanah perkuburan dan kawasan hutan dengan hanya ada lampu suluh yang kecil.
Melalui program ini juga, orang ramai, terutama remaja masa kini, berpeluang untuk merasai pengalaman tidur di rumah – rumah tradisi yang biasanya hanya diterangi oleh cahaya bulan dan bintang melalui celah-celah dinding. Suasana malam lebih ketara dirasai apabila hendak ke tandas yang terletak jauh di luar rumah.
Suatu acara yang menarik pasti disukai anak-anak yang sedang bercuti sekolah untuk menyertai Safari Malam (Night Safari) yang diianjurkan oleh pihak Muzium Negeri Sabah.

Dengan bayaran yang rendah, anak-anak anda pasti tidak melupakan acara malam seperti ini. Anak-anak yang berminat boleh mendaftar secara individu ataupun berkumpulan.

Namun, acara Night Safari ini adalah terhad kepada 20 orang bagi satu malam. Acara akan berlangsung pada 2 & 3 Disember 2013 ini.

Keterangan lanjut mengenai acara program, tiket dan lain-lain, sila berhubung dengan invidu di bawah,

En.  Boniface Tanjiwan & En. Albert Lo
Tel:  +60 88 253199  Fax:  + 60 88 240 230
E-mail:  Muzium.Sabah@sabah.gov.my

Sumber | Sumber | Gambar

7 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam