GERENTI SEDAP - Semasa singgah di Pekan Keningau minggu lepas, rakan saya ada mencadangkan supaya mencuba Nasi Lalap Keningau.
Jadi, saya dan rakan sekerja terus ke Restoran Rahmat 2 yang terletak berhadapan dengan Queen Hotel. Restoran Rahmat antara restoran popular di Keningau.
Terdapat dua jenis nasi lalap iaitu ikan dan ayam. Pada hari tersebut, saya mencuba nasi lalap goreng paha ayam yang berharga RM8.50 sepinggan. Pada kebiasaannya, nasi lalap di sini cuma menggunakan nasi putih sahaja.
Memang puas hati, rasa dan harganya juga sepadan. Perjalanan jauh kami lebih kurang 50km jalan batu (gravel) melalui Jalan Ansip – Dalit memang berbaloi dengan bersarapan berat dengan nasi lalap.
Jika anda ke Keningau, jangan lupa mencuba menu nasi lalap ini.
Bagi yang pernah ke Sarawak, nasi lalap juga dikenali nasi lalapan.


sy org keningau, tp xprnh telan bnda ni..hehe
mksd lalap tu apa ya?..hehe
Jebeng Otai™ dan entrinya..Hantu Drift : Drift Motorsikal
Lalap ni sayuran yang ada pada hidangan
lama tak pergi keningau, last pergi sana tahun 1990-an
donnyien dan entrinya..English Premier League EPL Fixture & Result Week # 5