The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Keunikan Penginapan Di Mt Kinabalu Holiday Camp, Lombong Mamut, Ranau

Mt Kinabalu Holiday Camp Sabah (1)

Mt Kinabalu Holiday Camp merupakan penginapan yang unik terutama dari segi rekabentuknya. Penginapan ini adalah pilihan terbaik bagi pelawat yang sukakan ketenangan dan kedamaian serta lari dari kesibukan kota.

Ia terletak di Batu 2, km 12, Bukit Karabau, Entrance Pertanian, 89300 Ranau, Malaysia bersebelahan dengan Lombong Mamut (bekas lombong tembaga).

Para pelawat cuma 8 minit berjalan kaki untuk menuju tasik lombong dan yang tertinggi di Sabah. Kedudukannya yang berada berhampiran kaki Gunung Kinabalu menjanjikan kedinginan sekitar 10-20 darjah celcius.

Tiada pencemaran bunyi, udara dan menariknya di sini TIADA ELEKTRIK. Sediakan ‘power bank’ yang secukupnya terutama untuk mengecas telefon mahupun kamera.

Keadaan di sini sesuai dengan konsepnya, “back to nature..back to life”.

Menurut pengurus Mt Kinabalu Holiday Camp, Encik Oliver Fung, kawasan ini adalah tanah persendirian dan para pelawat yang ingin menginap di sini perlu membuat tempahan terlebih awal atau paling lewat sehari sebelumnya. Pelawat yang hanya mahu melihat keadaan di sini tanpa bermalam tidak dibenarkan. Tempahan akan disahkan apabila pembayaran telah diterima.

Pakej yang disediakan di Mt Kinabalu Holiday Camp;

  • OPEN – Kem di dalam hutan untuk 20-25 pelawat RM70/pax (bawa sendiri sleeping bag)
  • 5 Unit Standart Hut – RM200/hut ( maksimum 2 orang, tilam dan selimut disediakan)
  • 2 Unit Deluxe Hut – RM250/hut ( maksimum 2 orang, tilam dan selimut disediakan)
  • 5 Unit New Premium Hut – RM300/hut ( maksimum 2 orang, dapur, balkoni, bilik air, tilam dan selimut disediakan)

Penginapan adalah termasuk aktiviti kecuali makanan perlu disediakan sendiri oleh pelawat.

Aktiviti di Mt Kinabalu Holiday Camp;

  • 1.00 petang – Daftar masuk
  • 3.00 petang – berjalan kaki ke tasik terbesar dan tertinggi di Sabah.
  • 6.00 petang – Melihat matahari terbenam
  • 8.00 malam – melihat binatang
  • 5.00 pagi – berjalan kaki ke tempat melihat matahari terbit.
  • 9.00 pagi – meredah hutan menuju ke tasik kedua.
  • 12.00 tgh hari – daftar keluar (pembersihan).

Gambar di Mt Kinabalu Holiday Camp;

Video

BACK TO NATURE, BACK TO LIFE Mt. Kinabalu Holiday Camp from We Gonna Rock Your World on Vimeo.

 

Pertanyaan Lanjut dan Tempahan;

Mt Kinabalu Holiday Camp
En. Oliver Fung
No. Tel : 016-5841757
Kredit Gambar: Facebook Mt Kinabalu Holiday Camp

 


Pilihan penginapan lain berhampiran pula adalah;

  1. Celyn Resort Kinabalu, Kinabalu Park Village, Malaysia – RM 158 /malam (getroom.com)
  2. Kinabalu Mountain Lodge, Kinabalu Park Village, Malaysia – RM 94 /malam (agoda.com)
  3. Dream World, Kinabalu Park Village, Malaysia – RM 220 /malam (agoda.com)
  4. Strawberry Garden Hotel, Kinabalu Park Village, Malaysia – RM 118 /malam (agoda.com)
  5. Kinabalu Park, Kinabalu Park Village, Malaysia – RM 279 /malam (agoda.com)
  6. The Cottage Hotel Kundasang, Kinabalu Park Village, Malaysia – RM 129 /malam (agoda.com)
  7. Mile 36 Lodge, Kinabalu Park Village, Malaysia – RM 100 /malam (venere.com)
  8. Nabalu Kundasang, Kinabalu Park Village, Malaysia – RM 163 /malam (agoda.com)
  9. Nikgold Garden Resort Kundasang, Kinabalu Park Village, Malaysia – RM 84 /malam (agoda.com)
  10. Ayana Holiday Resort, Kinabalu Park Village, Malaysia – RM 75 /malam (venere.com)
  11. Kundasang Guesthouse, Kinabalu Park Village, Malaysia – RM 300 /malam (booking.com)

8 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam