The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Ditembak Isteri Dan Meniru Effect Infrared Yang Tidak Menjadi

Gambar Ala-Ala Infrared Yang Tidak Menjadi

Pagi tadi berkesempatan menyaksikan Pertandingan Orang Kuat Sabah 2013 yang berlangsung di 1st Beach Tanjung Aru. Pada asalnya saya dan isteri ke sana untuk membeli jeruk-jeruk dan jagung kukus.

Kebetulan ada bawa kamera, jadi macam biasalah menangkap gambar.

Entri akan datang saya kongsikan gambar-gambar semasa Pertandingan Orang Kuat Sabah 2013 yang sempat saya rakamkan.

Berbalik kepada tajuk entri, ketika berjalan balik ke kereta, isteri meminjam kamera untuk mengambil gambar. Secara tidak rasminya, ini kira outing ke-2 kami selepas outing yang pertama merakamkan matahari terbit (Outing Bersama Isteri Dan Gambar Sunrise ‘Merahnya Mak Ngah’).

Saya tertarik melihat beberapa blog yang memaparkan gambar Fotografi Infrared. Ada keunikannya saya lihat.

Jadi saya menyuruh isteri mengambil gambar saya dan kemudian gambar diambilnya saya edit dengan kesan Infrared. Seperti tak menjadi pula hasilnya. Macam False Colour pun ada juga.

Tak kisahlah.. isteri dah penat-penat ambil gambar, saya kongsikan saja gambar-gambar yang ada.

Gambar-gambar di bawah diambil oleh isteri saya yang sporting dengan menggunakan kamera Nikon D60 dan lens 10-24mm.

Gambar Edit Effect Infrared

Gambar Infrared Di Tanjung Aru

Gambar Ala-Ala Infrared Yang Tidak Menjadi

Gambar Edit Effect Infrared

p/s: Aksinya mungkin agak keterlaluan dan bahaya. Jadi, jangan meniru gaya itu ya.

Carian Yang Berkaitan:

19 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam