The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Berdebar Menemani Isteri Bersalin Di Dalam Dewan Bersalin

Wad Kenanga 1, Hospital Likas

Wad Kenanga 1, Hospital Likas

Agak lama tidak bercerita mengenai keluarga di blog ini. Baiklah, entri keluarga pertama tahun 2013 ini saya buka dengan bercerita tentang berdebar menemani isteri bersalin untuk kelahiran anak ke-empat saya iaitu Muhamad Nacqris Nufail. Nufail membawa erti ‘hadiah’ dan sememangnya dia ‘hadiah’ terindah dalam hidup kami sekeluarga.

Isteri saya dimasukkan ke hospital pada kali pertama seminggu sebelum tempoh matang kehamilannya. Ia disebabkan ada sedikit masalah pendarahan. Isteri diberi pilihan samaada mahu bersalin awal atau sebaliknya. Bersalin pada tempoh akhir kehamilan (mingggu ke 40) juga yang dipilih oleh isteri saya. Agak ramai ibu-ibu di wad ketika itu. Tidak mencukupi ruangan bilik wad di hospital dan terpaksa pula berhimpit-himpit. Beberapa hari selepas itu, masalah pendarahan berjaya dihentikan dan isteri saya dibenarkan keluar.

Tanggal 12 Februari 2013, isteri saya dimasukkan semula ke Hospital Ibu dan Kanak-Kanak Sabah atau lebih dikenali dengan nama Hospital Likas. Kali ini, kemasukkan ke wad disebabkan sudah mencapai tempoh akhir kehamilan. Saya menghantar isteri pada sebelah pagi.

Hendak dijadikan cerita, secara kebetulan hari tersebut masih lagi dalam sambutan tahun baru Cina. Ini bermakna kebanyakkan kedai dan bengkel kereta ditutup. Tayar kereta kami pula pancit. Saya terpaksa mencari kedai tayar yang berhampiran dengan segera kerana isteri perlu masuk wad.

Dengan menaiki motorsikal, saya mencari kedai tayar sekitar Tuaran namun hampa kerana semuanya tutup. Kemudian saya menyusuri Jalan Tuaran Bypass menuju ke bandar. Alhamdulillah, nasib baik ada kedai tayar buka. Dengan segera saya memecut motorsikal saya balik ke rumah dan terus menukar tayar ‘spare’ untuk membawa isteri ke kedai tayar dahulu sebelum ke hospital.

Banyak Wad Kosong Di Hospital Likas.

Setelah selesai masalah tayar, kami terus ke hospital dan mendaftar masuk. Keadaan memang jauh berbeza dari kali pertama masuk minggu sebelumnya. Banyak katil kosong di wad.

Isteri Selepas Kena 'Induced'

Isteri Selepas Kena ‘Induced’

Isteri kena ‘induced’ sekali dan pada jam 4.30 petang isteri dimasukkan ke dewan bersalin kerana ketuban sudah pecah. Saya disuruh menunggu di luar dewan bersalin dahulu. Selang beberapa minit, ada panggilan jururawat bertugas menyuruh masuk ke dewan bersalin menemankan isteri.

Kenapa perlu Induced?

Ia dilakukan sekiranya doktor mendapati bayi akan lebih selamat berada diluar rahim daripada didalam rahim. Sebab yang paling utama untuk induce ialah apabila kelahiran sudah melebihi dari jangkaan. Sebab lain pula termasuk darah tinggi, bayi yang terbantut tumbesaran, pendarahan faraj yang tidak diketahui punca, kencing manis dan pecah air ketuban.”

Menemani Isteri Bersalin Adalah Pengalaman Indah Seorang Bapa.

Beruntung dapat sekali lagi menemani isteri bersalin. Jika anda ingin menemani isteri bersalin, boleh mengikuti ‘Program Father-Friendly’. Boleh berhubung terus dengan pihak hospital berkenaan bagi yang berminat.

Dewan Bersalin Hospital Likas

Pada pukul 5.10petang, Muhamad Nacqris Nufail dilahirkan dengan selamat. Segala debaran telah berakhir. Setelah Nufail dibersihkan dan isteri pun sudah dirawat, mereka dipindahkan ke Wad Kenanga 2.

Menemani Isteri Bersalin

Isteri sedang dirawat selepas bersalin.

Menemani Isteri Bersalin

Selesai sudah bersalin

Peralatan Dalam Dewan Bersalin

Peralatan dalam Dewan Bersalin

Dan inilah gambar hero kami, berat 3.4kg dilahirkan normal.

Muhamad Nacqris Nufail

Muhamad Nacqris Nufail

Syukur Alhamdulillah…

28 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam