The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Pengalaman Mendaki Puncak Pulau Bohey Dulang, Semporna

Setelah sekian lama berniat untuk menjejak kaki di Pulau Bohey Dulang, akhirnya hasrat tercapai juga. Bulan lepas saya sempat ke sana dan ternyata cantiknya pemandangan pernah saya saksikan dengan mata sendiri.

Sebelum ini cemburu melihat rakan-rakan berkongsi gambar yang dirakam dari puncak Bohey Dulang.

Cuma, untuk sampai ke puncak Bohey Dulang kena berusaha sedikit dengan membuat pendakian bukit berbatu dengan ketinggian 600m dari paras laut dan perjalanan jalan kaki lebih kurang 1.1km dengan masa naik lebih kurang 1jam (jarak diukur menggunakan Xiaomi Mi Band 2).

Jarak Pendakian Puncak Bohey Dulang

Jarak Pendakian Puncak Bohey Dulang

Rentak perjalanan naik dan turun sedikit terganggu kerana kehadiran ramai pelancong luar dari China. Sesetengah laluan agak sempit dan syukur juga pada masa saya ke sana cuaca baik.

Perjalanan dari Pekan Semporna dengan menaiki bot laju mengambil masa lebih kurang 30minit.

Tujuan saya ke Bohey Dulang sudah pasti untuk sampai ke puncaknya dan menyaksikan sendiri keadaan gugusan-gugusan pulau di situ. Seringkali melihat gambar seperti Pulau Bohey Dulang dan Pulau Bodgaya bersambung, namun sebenar tidak.

Tip Sebelum Mendaki Bukit

  • Sebelum mendaki, pastikan badan sihat dan cukup rehat. Stamina dan azam kena kuat untuk sampai ke puncak.
  • Pakaian yang sesuai juga penting bagi memastikan keselesaan dan keselamatan semasa mendaki.
  • Kasut yang tidak sesuai, mungkin boleh menyebabkan tergelincir kerana struktur batu yang licin dan rapuh.
  • Cukup berbekal sebotol air mineral kecil dan sedikit manisan seperti gula-gula atau coklat sebagai penambah tenaga.
  • Ikut semua arahan/papan tanda yang disediakan.
  • Jangan membuang sampah merata-rata. Jaga kebersihan.
  • Dapatkan pakej lengkap dan berbaloi dari agen pelancongan berdaftar.

Gambar-Gambar Di Pulau Bohey Dulang.

Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah (7)

Pemandangan Bohey Dulang dari bot.

Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah (6)

Pemandangan puncak Bohey Dulang dari jeti.

Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah (9)

Risiko kena tanggung sendiri

Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah (10)

Permulaan pendakian (checkpoint)

Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah (12)

Pada ketinggian 200m dari aras laut

Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah (11)

Antara cabaran laluan ke puncak.

Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah (13)

Laluan bertangga

Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah (4)

Selamat sampai di puncak

Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah (1)

Gambar yang nampak seperti Pulau Bohey dulang dan Pulau Bodgaya ‘bersambung’ namun realitinya tidak.

Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah (3)

Pemandangan dari puncak.

Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah (2)

Pemandangan dari puncak.

Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah (5)

Berehat selepas selamat turun dari puncak.

Selepas berjaya menawan puncak Bohey Dulang, saya ke Pulau Sibuan seketika sebelum pulang ke Pekan Semporna.

Video Ke Puncak Bohey Dulang

Pengalaman berharga dan rasa puas hati walaupun penat.

PROMOSI

Jika anda berminat untuk menerokai Pulau Bohey Dulang dan pulau-pulau lain sekitar Semporna, anda boleh dapatkan pakej  harian yang lengkap dengan;

  • Bayaran manifest
  • Jetty fee
  • Permit
  • Conservation fee
  • Snorkel mask
  • Makan Tengahari
  • Tour guide

Dapatkan pakej dari agen pelancongan yang berdaftar sahaja bagi menjamin keselamatan anda. Pakej ini diuruskan oleh syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.

Pakej Harian Pulau Semporna

Carian Yang Berkaitan:

6 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam