The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Menara Kayangan Di Gunung Silam, Lahad Datu

Bulan lepas, selepas ke Bohey Dulang Semporna, saya berkunjung di daerah Lahad Datu pula. Agak lama juga tidak berkunjung ke Lahad Datu kerana perjalanan kerja luar stesen kami biasanya dari KK-Ranau-Sandakan dan dari KK-Kalabakan-Semporna sahaja. Melainkan jika perjalanan dari KK ke Semporna melalui Ranau barulah singgah di Lahad Datu dan Kunak.

Sebenarnya, saya mempunyai sejarah hitam di sini kerana pernah berlibat dengan kemalangan jalan raya di puncak bukit persimpangan Lembah Danum. Bila melalui kawasan ini, masih lagi terbayang-bayang insiden tersebut.

Baiklah, berbalik kepada entri asal kali ini.

Menara Kayangan juga dikenali sebagai ‘Tower of Heaven’ terletak di Gunung Silam menghadap Teluk Davel (Davel Bay). Jarak dari simpang jalan utama (kaunter tiket) ke kawasan menara sejauh 10km kira-kira 30minit perjalanan.

Menara Kayangan, Gunung Silam, Lahad Datu (6)

Dirasmikan pada 19/3/2012

Sebelum masuk, pelawat perlu mendapatkan tiket/permit terlebih dahulu. Beroperasi setiap hari Isnin – Ahad pukul 8.00 pagi – 5.00 petang.

Menara Kayangan, Gunung Silam, Lahad Datu (1)

Permit masuk hutan simpan bagi dewasa – RM5.00

Keadaan jalan yang menyusuri lereng-lereng bukit yang adakalanya ‘patah’ selekohnya perlukan perhatian penuh semasa memandu.  Binatang liar pun sering kali melintas jalan.

Menara Kayangan, Gunung Silam, Lahad Datu (2)

Perlahankan kenderaan kerana binatang liar kerap melintas.

Menara Kayangan terletak pada ketingian 880m dari aras laut menara ini menyajikan pemandangan laut yang luas dengan udara sejuk dan nyaman. Cuaca agak mendung ketika kami berada di sana.

Menara Kayangan, Gunung Silam, Lahad Datu (4)

Menara Kayangan

Menara Kayangan, Gunung Silam, Lahad Datu (15)

Menara Kayangan dilihat dari ruangan parkir kenderaan.

Menara Kayangan, Gunung Silam, Lahad Datu (5)

Menara Kayangan di Gunung Silam.

Sesuai dengan ketinggiannya, kita boleh melihat jelas gugusan pulau-pulau sekitar Teluk Davel seperti Pulau Tabun, Pulau Saranga, Pulau Saga, Pulau Saddle, Pulau Laila, Pulau Baik dan beberapa pulau yang lain.

Menara Kayangan, Gunung Silam, Lahad Datu (8)

Pulau-pulau di Teluk Davel.

Ruang parkir kenderaan di kawasan menara agak terhad. Ketika kami berada di sana, kelihatan pekerja syarikat telekomunikasi sibuk bekerja dan saya sempat melihat mereka memanjat menara yang tinggi. Jiwa kental para pekerja tersebut.

Menara Kayangan, Gunung Silam, Lahad Datu (11)

Para pekerja syarikat telekomunikasi.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah meredah hutan menuju ke puncak Gunung Silam.  Aktiviti ini boleh dilakukan dengan melaui dua laluan yang disediakan iaitu  Trail Kayangan (masa 1 jam 45 minit) dan tahap kesusahannya ialah 4 bintang manakala untuk Trail Kalung-Kalungan (2 jam 35 minit) dan tahap kesusahannya ialah 2 bintang.

Menara Kayangan, Gunung Silam, Lahad Datu (4)

Aktiviti redah hutan ke puncak Gunung Silam.

Ada beberapa lokasi lain di sana seperti air terjun yang boleh diterjah. Namun kami tidak cukup masa dan kebetulan cuaca yang mendung seaakan-akan mahu hujan.

Menara Kayangan, Gunung Silam, Lahad Datu (16)

Restoran Kayangan

Menara Kayangan, Gunung Silam, Lahad Datu (17)

Jarak ke Menara Kayangan ke gate masuk (kaunter tiket).

Memandangkan kami ke Menara Kayangan sekadar singgah sebentar dan tidak tahu boleh melakukan aktiviti tersebut, kami cuma memanjat menara dan berehat di Restoran Kayangan sebelum balik. Sempat minum kopi panas di sana.

Jika ada kesempatan pada masa hadapan, kami bercadang untuk meredah hutan ke puncak Gunung Silam.

Anda boleh datang sendiri ke sini dan rasai bayu dari Teluk Davel menyapa anda!!

Carian Yang Berkaitan:

loading...

2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam