The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Membaiki Kamera DSLR Nikon Yang Rosak

DSLR Nikon Rosak, Nikon Showroom KK (1)

Siang tadi saya ke Showroom Nikon di Warisan Square, Kota Kinabalu yang dikendalikan oleh Futuromic Photo AV (North Borneo) Sdn. Bhd. Bilik pameran ini telah dirasmikan pada 21 Julai 2011 – sumber

Saya ke sana bertujuan menghantar sebuah ‘body’ kamera Nikon D90 milik saudara yang mengalami masalah auto-fokus dan sistem penyimpan data (kad memori).

Di sini tiada servis membaiki kamera dan sebarang kerosakan/masalah kamera akan dirujuk ke Kuala Lumpur. Jadi, kamera akan dihantar ke sana dengan bayaran sebanyak RM20 bagi mengenalpasti kerosakan sebenar.

Tempoh Masa Dan Kos Membaiki Kemera DSLR Yang Rosak

Tempohnya dalam 2 hingga 3 minggu. Setelah masalah dikenalpasti, pemilik kamera akan dihubungi bagi menetapkan harga untuk membaiki kerosakan tersebut. Jika kerosakan dapat dibaiki dengan kos kurang RM100, ia akan dibaiki serta merta tanpa perlu pengesahan/persetujuan pemilik kamera.

Manakala, bagi kos yang lebih besar dari itu, pemilik kamera akan dihubungi terlebih dahulu dan diminta memberi keputusan samaada mahu membaiki kamera tersebut atau sebaliknya.

Setelah pemilik bersetuju untuk membaiki kamera mereka, tempoh masa membaiki akan memakan masa 2 hingga 3 bulan, menurut kata staff yang berurusan dengan saya. Memang agak lama juga masa yang diambil.

Saya sendiri bercadang akan menghantar kamera Nikon D60 saya dulu kerana ia ada masalah fungus.

Sementara urusan pengisian borang dan menelefon saudara saya samaada mahu menghantar kamera beliau untuk diservis, saya sempat melihat barang-barang yang ada di sana. Tertarik mata dengan Nikon D4 dan lensa 70-200mm f2.8, apakan daya belum ada rezeki. Cukuplah sekadar melihat sahaja.

Kalau pandai baiki kamera DSLR sendiri macam kawan kita ni, lagi bagus.

10 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam