The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Mencuba Mee Udang Galah Di Cafe Ibu, Simpang 4 Nyabor

Mee Udang Galah Di Cafe Ibu, Simpang 4 Nyabor

Saya ingin kongsikan pengalaman semasa balik ke kampung hujung tahun lepas. Saya sempat mencuba beberapa makanan yang memang saya minati iaitu mee udang dan laksa Sarawak.

Kali ini saya cuma berkongsi cerita mengenai mee udang sahaja. Sebelum ini saya cuma melihat sahaja perkongsian rakan-rakan di Facebook mengenai menu mee udang terutamanya Mee Udang Gumpey yang terletak di Gedong, Serian.  Memang saya ada niat ingin mencubanya sendiri.

Mee udang yang saya cuba sendiri ini bukan di sana tetapi di Cafe Ibu, Simpang 4 Kampung Nyabor, Roban yang terletak di Sarawak. Betul-betul terletak di simpang empat untuk ke Kabong, Kg. Gerigat, Krian dan Roban.

Secara peribadinya saya rasa memang sedap terutamanya udangnya yang manis, segar dan bersaiz besar. Ada juga pilihan saiz udang yang lebih kecil. Rasanya mee nya ala-ala mee bandung.

Kami memilih saiz yang paling besar dengan harga RM25.oo dan puas hati dengan 6 ekor udang yang dihidangkan.

Mengikut pelayan restoran, bekalan udang agak terhad dan adakalanya pelanggan pulang dengan penuh hampa kerana tidak dapat merasai kesedapan udang segar.

Mee Udang Galah Di Cafe Ibu, Simpang 4 Nyabor

Mee Goreng Udang

 

Mee Udang Galah Di Cafe Ibu, Simpang 4 Nyabor

Mee Udang Basah

Lokasi Kedai Makan.

Jika anda berkunjung ke Roban, boleh cuba sendiri.

7 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam