Mat Kelapa – Antara Kelapa Muda Paling Mahal Di Malaysia

Mat Kelapa AirAsia Mat Kelapa    Antara Kelapa Muda Paling Mahal Di Malaysia

MAT KELAPA,  AIRASIA РSiapa sangka buah kelapa muda segar boleh didapati di dalam pesawat AirAsia? Walaupun harganya agak mahal, mungkin ia akan menjadi pilihan terakhir jika semua minuman di dalam pesawat kehabisan.

Entri sebelum ini yang berkaitan dengan kelapa pula adalah;

  1. Lokan Bakar, Kelapa Bakar, Puding Kelapa di Salut
  2. Damainya Pulau Banggi & 1 Perkara Pelik
  3. Batang Kelapa Tonggek

Alang-alang dah menyentuh mengenai kelapa, mari kita kongsikan maklumat lanjut mengenainya.

Info Mengenai Kelapa

Kelapa (bahasa Inggeris: coconut) atau juga dikenali sebagi nyiur adalah tumbuhan saka, tempoh ekonomi adalah melebihi 25 tahun. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 hingga 30 meter bergantung kepada variasi. Ia didapati di semua kawasan tropika. Keseluruhan pokok kelapa dapat dimanfaatkan kepada pelbagai guna.

Pokok kelapa (Cocos nucifera L.) adalah ahli keluarga Arecaceae (keluarga palma). Ia merupakan spesies tunggal yang dikelaskan dalam genus Cocos dan merupakan pokok palma yang besar, tumbuh setinggi 30 meter, dengan pelepah daun (pinnate) sepanjang 4-6 meter, dengan helaian daun (pinnae) sepanjang 60-90 cm; pelepah tua luruh meninggalkan batang pokok yang licin.

Kegunaan Kelapa

Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya bahagian akar dan pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun; dengan itu, ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malah, nama pokok kelapa dalam bahasa Sanskrit adalah kalpa vriksha, yang diterjemahkan sebagai “pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan”. Kegunaan pelbagai bahagian kelapa termasuk:

  • batang kelapa boleh dibuat titi serta bahan pembinaan untuk rumah seperti papan, dinding dan lantai
  • daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan
  • lidi kelapa boleh dibuat penyapu
  • sabut kelapa boleh dibuat tali
  • tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barangan kraftangan
  • serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian
  • minyaknya sebagai minyak masak, minyak pelita dan sabun

14 Khasiat Air Kelapa

  1. Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
  2. Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.
  3. Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
  4. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
  5. Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
  6. Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
  7. Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
  8. Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
  9. Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
  10. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
  11. Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
  12. Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
  13. Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
  14. Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.
Sumber:

Carian Yang Berkaitan:

17 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam