The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Citarasa Makanan Sedap Terengganu Di Pekan Tuaran

Gambar Laksa Penang Di Tuaran

Sesuai dengan namanya Restoran Ganu Kite yang beroperasi lewat tahun lepas, ia menjadi pilihan penggemar masakan Terengganu dan semenanjung amnya.

Hidangan nasi kerabu, nasi dagang, laksa penang merupakan menu wajib untuk dicuba di sini.

Selera saya lebih kepada Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah. Menu yang terbaik pernah saya rasa di Pekan Tuaran.

Gambar Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah
Masa operasi Restoran Ganu Kite bermula 8.00 pagi sehingga 4.30 petang dan dibuka setiap hari.

Lokasinya pula sebaris dengan Restoran Mariana yang terkenal dengan rojak serta nasi ayamnya dan berhampiran pagoda Tuaran.

Soal harga, usah khuatir kerana berbaloi dengan rasanya yang sedap. Perkhidmatan katering juga disediakan.

Restoran Ganu Kite – (Koordinat 6.175449, 116.233221)

5 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam