The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Memasak Dengan Dapur Kayu, Masakan Lebih Sedap

Dapur Kayu, Memasak Cara Lama.

Dapur Kayu, Memasak Cara Lama

Dapur Kayu | Nabawan, Sabah

Bila melihat dapur kayu yang dilengkapi cerek dan kuali yang tebal keraknya, mengingatkan saya pada masa kecil saya. Mungkin agak pelik jika anak-anak sekarang melihat situasi ini. Mana tidaknya, habis gas terus telefon kedai. Saat-saat pahit manis mencari kayu api memang tiada dilalui. Masak dengan dapur kayu lebih sedap makanannya. Mungkin ada betulnya.

Kenangan manis bersama arwah datuk mencari kayu api memang tidak dapat dilupakan. Kaki saya pernah luka terpijak buluh runcing dan kesakitannya ‘masih terasa’ setiap kali melihat buluh. Tak sanggup lagi saya terluka disebabkan buluh.

Memasak dengan dapur kayu juga perlu tahu caranya. Amat berbeza caranya memasak dengan dapur gas.

Masa kecil saya tidak lari dari dapur kayu. Saya ketika itu memang suka bermain api. Maklumlah masih kecil memang menjadi kawan, bila dah besar akan menjadi lawan. Main masak-masak merupakan cara mengisi masa lapang. Tiada permainan lain untuk dimainkan bersama adik perempuan saya ketika itu. Buah pisang dibelah dua dan digoreng begitu sahaja tanpa tepung dalam pinggan ‘steel’ (bukan kuali) menjadi resipi kegemaran saya dan adik. Sedap juga rasanya.

Oh ya, hujung minggu lepas saya berkesempatan berkunjung ke sebuah perkampungan di Nabawan. Kampung tersebut sebenarnya kampung kawan isteri saya. Saya tertarik untuk ke sana kerana saya memang sukakan pemanduan lasak kenderaan empat roda. Tambahan musim buah baru bermula di sana.

Jalan ke sana memang mencabar kerana perlu melalui jalan tanah yang amat jarang dilalui kenderaan ringan. Perkongsian jalan itu dengan kenderaan berat yang mengangkut sawit dan kayu balak memang memberi tekanan kepada penduduk kampung kerana jalan akan rosak teruk pada musim hujan. Syukurlah kami dapat melepasi semua halangan yang ada.

Carian Yang Berkaitan:

20 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam