Mandi-Manda Di Sungai Kampung Kigiok, Ranau! Seronok Wei!!

Salam..

Apa khabar? Beberapa hari ni aku tak beberapa sihat. Nak update blog pun tak ada selera. Tapi niat tu ada..

Nak berkongsi cerita,

Minggu lepas aku dan rakan sekerja menerjah Daerah Beluran dan Kudat. Dalam perjalanan balik singgah di Ranau. Kisah susah payah semasa di Beluran nanti aku ceritakan. Kali ini nak fokus kisah mandi-manda di Ranau.

KG. KIGIOK

Walaupun maksud ‘Kigiok’ adalah ‘ada ulat’ dalam bahasa Dusun (kalau aku salah tolong betulkan).

Indahnya kampung ini..

Ranau dan Gunung Kinabalu memang tak dapat dipisahkan. Buktinya, pemandangan yang menarik dan Gunung Kinabalu yang jelas kelihatan dari kampung ini.

Lokasi tumpuan adalah sungai berhampiran.  Walaupun sungai ni agak cetek, namun mampu membuatkan badan menggeletar kesejukan kerana suhu airnya sejuk.

Tujuan utama ke sungai ni bukanlah nak mandi-manda sebenarnya. Tujuannya adalah nak mencuci kereta. Cuci kereta percuma. Sambil cuci terus mandi. Mencuci ni kalau dah basah, memang mandi yang akan lebih. Buktinya kami berendam lebih kurang 2 jam.

Dan kami betul-betul enjoy hari tu!!

Penat bekerja hilang seketika.

Carian Yang Berkaitan:

21 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam