The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Malindo Air Buka Semula 2 Laluan Dengan Tambang Promosi RM69 Sehala

Malindo Air telah mewujudkan semula perkhidmatan untuk laluan di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)-Kota Bharu dan Miri.

Tempahan dibuka untuk penerbangan dua kali sehari ke Kota Bharu dan penerbangan sekali sehari ke Miri yang akan bermula serentak pada 1 Julai, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan di sini.

Pembukaan laluan lama, tambang promosi untuk sektor Kuala Lumpur-Kota Bharu bermula daripada RM69 untuk kelas ekonomi dan RM409 untuk bisnes, sehala dan termasuk semua (14 kali seminggu).

Untuk penerbangan Kuala Lumpur-Miri, tambangnya RM79 untuk kelas ekonomi dan RM665 untuk kelas bisnes, sehala dan termasuk semua (7 kali seminggu)

Selain itu, laluan baru sektor Kuala Lumpur-Johor Bahru, tambangnya RM69 untuk kelas ekonomi dan RM219 untuk kelas bisnes, sehala dan termasuk semua (14 kali seminggu).

Tambang promosi itu termasuk faedah seperti elaun bagasi percuma, hiburan dalam penerbangan dan hidangan ringan.

Untuk tempahan dan pertanyaan, orang ramai boleh layari www.malindoair.com, atau Pusat Khidmat Pelanggan di customer_care@malindoair.com atau hubungi +603-7841 5388 mulai jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Sebelum ini laluan ini ditutup dengan alasan kekurangan penumpang.

 

 

Carian Yang Berkaitan:

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam